View: 274|Reply: 1
|
[Tempatan]
Bilik terbakar, kucing peliharaan Ahmad Zahid mati
[Copy link]
|
|
Kajang: Beberapa ekor kucing peliharaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mati dalam kebakaran di rumahnya di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, jentera dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kajang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 1.30 petang.
"Dilaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah banglo dua tingkat milik Timbalan Perdana Menteri.
"Kebakaran membabitkan bangunan kelas A terbakar 15 peratus di bahagian bilik simpanan kucing berukuran 1.85 meter persegi x 1.85 meter persegi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, kucing peliharaan keluarga Ahmad Zahid mati akibat lemas di dalam asap kebakaran itu dan ada yang terselamat, bagaimanapun jumlahnya tidak didedahkan.
Disiarkan pada: April 22, 2023 @ 5:41pm
Harian Metro |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah siannya .....x tau pula Wak ada bela kucing. X pernah dia tunjuk pun sblm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|