CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Lepas Agensi Pelancongan Dirompak, Polis Pula Bawa Lari 4 Juta Peso

[Copy link]
Post time 22-4-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Harapkan pagar, pagar makan padi. Polis yang sepatutnya menangkap penjenayah, merompak sebuah agensi pelancongan di Argentina.


Oddity Central melaporkan, pada hari kejadian dua perompak bersenjata memasuki pejabat sebuah agensi pelancongan di Buenos Aires dan melarikan ratusan ribu peso bersama mereka.




Salah seorang anggota polis dilihat membawa beg berisi wang keluar dari bangunan itu. - Oddity Central




Tiga aggota polis yang tiba kira-kira 10 minit selepas dihubungi mangsa kemudian menyoal siasat kakitangan berkenaan di lokasi rompakan sebelum mengejar penjenayah.


Ketika itulah salah seorang pekerja menyedari sebuah beg hitam mengandungi wang berjumlah 4 juta peso (RM317,735) yang ditinggalkan perompak berkenaan tidak ditemui.


Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan salah seorang anggota polis berjalan keluar dari lokasi kejadian dengan membawa beg tersebut.


Selepas menghubungi balai polis, pemilik agensi itu diberitahu bahawa rekod prosedur yang disusun pegawai mereka tidak menyebut sebarang beg berisi wang.


Selepas memeriksa CCTV, seorang pendakwa raya menuntut agar tiga anggota polis tersebut ditahan. Mereka dilihat menuruni tangga bagunan agensi pelancongan itu walaupun terdapat lif.


Ketiga-tiga mereka ditahan di kemudahan berbeza minggu ini dan beg hitam berisi wang itu ditemui di salah sebuah rumah suspek. Mereka akan kekal ditahan sehingga siasatan selesai.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.027350 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list