Penat berdepan suami yang banyak 'helah' dan enggan melepaskannya, Puteri Sarah sudah tidak mahu membuat sebarang tuntutan daripada Syamsul Yusof.
Kredit foto: IG
Menerusi hantaran di Instagram, Sarah sudah melayan kerenah Syamsul dan tidak kisah seandainya pengarah itu enggan memberi nafkah kepadanya.
"Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau jawan kat akhirat nanti.
"Aku cuma nak keluar dari perkahwinan toksik ini dan move on untuk hidup dengan aman bersama anak-anak," ujarnya.
Kredit foto: IG
Tambahnya, dia tidak mengharapkan walau satu sen daripada suaminya itu, namun meminta Syamsul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
"Lepaskan aku, ceraikan aku," katanya lagi.
Pelakon itu bagaimanapun bersyukur dikurniakan ibu bapa mentua terbaik dalam hidupnya.
"Mama dan papa akan sentiasa menjadi ibu bapa saya hingga ke syurga," tambahnya.
Menerusi perkongsian di Instastory sebelum itu, Sarah meluahkan rasa kesal terhadap Syamsul kerana mungkir janji buat ke sekian kalinya apabila tidak menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Syaikhul Islam.
Kredit foto: IG
"Hanya sebab saya tak nak tarik kes keluarga Kazar? Awak dah melampau," katanya. - CARI
|