CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 1

Cinta Sehidup Semati, Isteri Sedih Sampai Pengsan Dan Meninggal Sejam Lepas Suami 'Pergi'

[Copy link]
Post time 21-4-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Tular kisah sepasang suami isteri warga emas di Indonesia apabila mereka menemui ajal maisng-masing dalam tempoh selang sejam, lapor laman berita Merdeka semalam.


Berdasarkan klip video tular di TikTok, orang ramai dilihat menghadiri majlis pengebumian jenazah pasangan dikenali sebagai Mbah Slamet dan Mbah Atun.




TikTok




Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Mbah Atun memberitahu bahawa dia tidak sanggup menahan kesedihan melihat suaminya meninggal dunia sehingga dia jatuh pengsan.


Selepas sejam kemudian, Mbah Atun pula disahkan meninggal dunia, menyusuli kematian Mbah Slamet.


“Pada pagi ini, jiran saya, Mbah Slamet meninggal dunia. Isterinya, Mbah Atun tidak dapat menahan tangisan dan kesedihannya sehinggakan dia tiba-tiba pengsan.


“Selang sejam kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir, menyusuli suami tercinta.


“Inilah dia cinta sehidup semati. Mereka berdua pasangan suami isteri yang saling mengasihi dan setia hingga ke akhir hayat,” demikian menurut keterangan video tersebut.







Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna mefdia sosial.


“Definisi cinta sehidup semati. Semoga mati dalam keadaan husnul khotimah kedua-duanya,” kata seorang pengguna.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Di kampung arwah ayah saya ada 3 kes sehidup semati ni.
1. Suami isteri sakit. Suami meninggal dulu. Orang kampung balik dari kubur nak kenduri tahlil, isteri pula meninggal.
2. Sakit tua. Isteri meninggal dulu. Suami sedih. Makan pun tak selera. 2 minggu lepas tu meninggal.
3. Suami sakit. Tapi isteri yang jaga pula pergi dulu. Seminggu lepas tu suami meninggal...

Semua di atas umur 70an 80an
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036229 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list