CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Budak 10 Tahun Pecah Rekod Dunia Guinness Timang Bola 8,147 Kali Dalam Sejam

[Copy link]
Post time 20-4-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari China berjaya menimang bola sebanyak 8,147 kali dalam masa sejam, sekali gus memecah Rekod Dunia Guinness.


Lapor portal UPI, Tang Jinfan meraih pengiktirafan itu bagi jumlah timangan bola (bola sepak) terbanyak dengan kedua-dua kakinya dalam tempoh sejam.




Agensi




Menurut Tang, dia memutuskan untuk mencuba cabaran itu setelah mendapat galakan jurulatihnya, Lin Xiaozhong yang mengambil tahu mengenai kemahirannya menimang bola dengan baik.


“Di kelab bola sepak kami, ramai rakan sepasukan mampu menimang bola lebih 1,000 kali dengan kedua-dua kaki, tetapi saya adalah yang terbaik,” katanya.


Setelah mengikut nasihat jurulatihnya, Tang meletakkan sasarannya untuk memecahkan rekod dunia.


Tambah Tang, dia berharap dapat melanjutkan pengajian di Universiti Shenzhen.


“Saya juga berharap menyertai mana-mana pasukan bola sepak profesional dan bermain untuk pasukan kebangsaan China dalam Piala Dunia,” katanya.


Sementara itu, menurut laman sesawang Rekod Dunia Guinness, Tang mula mengenali sukan menimang bola sejak menyertai kem bola sepak musim panas di sekolahnya.


Menerusi bimbingan jurulatihnya, dia mula mengasah bakat dan menguasai teknik menimang bola dengan lebih baik.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.223170 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list