CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 5

Kecoh Hujan Cacing Di Beijing

[Copy link]
Post time 20-4-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Tular sebuah video di China menunjukkan 'hujan cacing' di Beijing.


Bagaimanapun, semakan AFP mendapati video itu sebenarnya dirakam di bandar Shenyang, di timur laut China dan menunjukkan bunga catkin yang gugur dari pokok poplar, yang memang sering ditemukan di Wilayah Liaoning dan bahagian utara negara itu.




Video hujan cacing di China tak benar. Semakan AFP dapati ia adalah sejenis bunga bermusim yang gugur atas kereta.




Video dimuat naik pada 10 Mac 2023 menerusi TikTok berdurasi 20 saat itu menunjukkan barisan kereta di jalan diselubungi objek yang terlihat berbentuk seperti cacing.


Kapsyen catatan itu berbunyi: "Hujan Cacing di Beijing - rata-rata netizen tertanya-tanya apakah petandanya?"








Teks pelekat dalam video mengulangi apa yang ditulis di bahagian kapsyen.


Video itu ditonton lebih 4.6 juta kali selepas dikongsikan dengan dakwaan serupa di TikTok serta Facebook.


Catatan serupa juga tersebar dalam bahasa Cina, Inggeris, Indonesia dan Jepun.


Bagaimanapun, video itu sebenarnya menunjukkan bunga catkin yang gugur dari pokok poplar, bukan "hujan cacing".


Melihat lebih dekat pada plat kenderaan dalam video itu adalah pendaftaran kenderaan di bandar Shenyang, di Wilayah Liaoning, sebelah timur laut China.


Carian kata kunci di Baidu Maps menggunakan nama kedai yang dilihat dalam klip mendapati video itu dirakam di Jalan Wenhua, Shenyang.


Seseorang dengan nama keluarga Zhang yang bekerja di sebuah restoran berhampiran lokasi tersebut, mengesahkan kepada AFP terdapat pokok poplar di Jalan Wenhua yang menggugurkan bunga secara bermusim.


"Saya melihat bunga poplar berguguran di jalanan setiap tahun di Shenyang," kata Zhang pada 28 Mac 2023.


Zhang juga berkongsi kepada AFP beberapa foto diambilnya yang menunjukkan bunga-bunga catkin di Jalan Wenhua, di luar restoran tempatnya bekerja.




Pokok poplar adalah sebahagian daripada keluarga willow, berasal dari hemisfera utara. Bunga ini mekar dalam bentuk catkin.




Pokok poplar adalah sebahagian daripada keluarga willow, berasal dari hemisfera utara.


Bunga ini mekar dalam bentuk catkin – gugusan bunga berbentuk silinder yang terkulai. Bunga ini mekar sebelum daun muncul, untuk memudahkan pendebungaan angin.


China mempunyai "kekayaan yang unik" jenis pokok keluarga poplar, terutamanya di pelbagai wilayah utara negara itu, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).


Biro Keselamatan Awam, bahagian dari Kementerian Keselamatan Awam China, juga berkata pada 12 Mac 2023 di Weibo bahawa video yang tular itu menunjukkan bunga daripada pokok poplar.


Ahli Jawatankuasa Komunikasi Saintifik Persatuan Botani China, Shi Jun, memuat naikkan beberapa foto catkin yang serupa pada 12 Mac 2023 di Weibo, bersama hashtag mengenai video itu.








Foto-foto catkin itu menyerupai apa yang terlihat dalam video.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian prc kena pitenah [em:7:]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan cacing di negara orang hujan batu di negara sendiri...buatlah pilihan yang bijak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zmn kecik2 rmh arwah atok kat kg pokok rambai selalu turun ulat bulu bergayut2..geli..ada musim2 nya..lps dh x de! X tsu dr mana dtgnya!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 03:33 PM | Show all posts
Paling meluat tengok youtuber mengulas kejadian luar negara. Macam kes manusia sesak di korea dulu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kes2 pelik biasa 3 negara je ;
india
china
indon
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.242546 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list