CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 2

'Mundur Dan Zalim, Golongan Artis Tak Wajar Dinilai Dengan Lensa Kepartian' - Wan Saiful

[Copy link]
Post time 19-4-2023 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyiasat dakwaan berhubung sekatan ke atas persembahan artis tertentu daripada disiarkan melalui saluran televisyen dan radio milik RTM.


Ketua Portfolio Komunikasi dan Digital, Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa menerima maklumat bahawa pegawai RTM diarahkan untuk memeriksa latar belakang seseorang artis sebelum dijemput membuat persembahan.




FB




Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor difahamkan, rakaman untuk program khas hari raya itu telah siap manakala poster iklan juga telah disebarkan.


“Saya dimaklumkan arahan tersebut menyebabkan ada artis yang akan dipotong keluar daripada siaran pada hari raya pertama walaupun telah dirakam.


“Jika benar ada unsur kepartian sempit dalam perkara ini, maka ia adalah langkah mundur dan zalim. Golongan artis tidak wajar dinilai dengan lensa kepartian,” katanya dalam kenyataan semalam.


Wan Saiful turut mempersoalkan sama ada arahan baharu untuk gam artis itu mempunyai kaitan dengan usaha menyekat mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan.


Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta Fahmi segera memberi penjelasan atau lebih baik jika terus membetulkan keadaan dengan membenarkan rakaman artis tersebut disiarkan.


“Jika pembatalan ini tidak diarahkan oleh pihak atasan, maka YB Fahmi perlu menyiasat kerana kita tidak mahu ada tindakan pegawai pelaksana yang merosakkan nama kerajaan.


“Bagaimanapun, saya tidak yakin ada pegawai bertindak sendiri tanpa arahan,” jelasnya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww..andai benar bagai dikata,repomasi madnon lagi hebat dari zaman atuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056726 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list