CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3181|Reply: 57

Menantu Terasa Hati Mak Mentua Suka Hempas Barang, Maklumlah Dah 10 Tahun Hidup Menumpang Di Rumah

[Copy link]
Post time 19-4-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suri rumah terkilan dengan sikap mentua setelah 10 tahun hidup menumpang di rumahnya.


“Saya duduk dengan mentua dah nak dekat 10 tahun. Kami masih tak ada rezeki nak pindah sebab suami pun kerja tak menentu.


“Lagi-lagi selepas Covid-19, banyak syarikat tak nak ambil orang dah (kerja). Jadi sekarang ni suami kerja biasa-biasa je. Saya pula suri rumah.


“Saya sedar selama ni duduk di rumah ni saya hanya menumpang. Jadi saya akan bersabar, tak buat perangai dan layankan je (mentua),” luahnya di media sosial.




Gambar Hiasan




Walaupun mendakwa diberikan layanan tidak baik, wanita ini memilih untuk bersabar dengan sikap ibu kepada suaminya itu yang dikatakan sering bersikap kasar terhadapnya.


Demi menjaga nama baik suami, dia juga tidak mengendahkan sikap ibu mentuanya yang suka melepaskan amarah dengan menghempas barang di dapur.


“Tapi itu pun kerap diprovok. Saya akan sedaya upaya menahan perasaan sebab nak jaga air muka suami. Hormat dengan semua orang. Sebab saya ni menumpang di rumah mereka.


“Tapi boleh ke anda terima setiap kali masuk dapur, automatik mak mentua akan hempas barang macam nak terbalik dapur. Hempas kerusi, periuk dalam sinki.


“Lagi-lagi bulan Ramadan ni. Syaitan dan iblis diikat kot. Jadi adakah itu memang perbuatan dia sebenar ke macam mana?” katanya.


Tambahnya lagi, dia cukup sedih apabila diperlakukan sedemikian apatah lagi dirinya terpaksa berjauhan dengan keluarga sendiri.


Bagaimanapun, katanya, dia memahami situasi suaminya yang belum mampu memberikan kemewahan lain selain nafkah.


Dalam pada itu, wanita itu turut mendoakan agar anaknya tidak akan berdepan situasi sama dengan mendapat layanan buruk daripada mentua apabila mereka berkahwin kelak,


“Sedih, sumpah sedih. Tipulah tak sedih. Saat kita berjauhan dengan famili sendiri dilayan macam ni. Kadang rasa nak marah dengan suami kenapa nasib kita macam ni.


“Tapi cepat-cepat sedar sebab suami pun dah cuba sedaya upaya dia. Tak pernah culas dalam memberi nafkah. Sentiasa cuba nak bahagiakan saya dan anak.


“Jadi anda semua doakanlah saya dan suami supaya murah rezeki dan apabila anak lelaki saya sudah beristeri, saya tak layan pasangan dia macam mak mentua layan saya. Saya tak nak aniaya anak kepada mak ayah yang dah besarkan dia dengan penuh kasih sayang,” ujarnya dalam luahan tersebut.


Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersimpati dengan nasibnya dan ada juga yang berpandangan sebaliknya.


Tak kurang juga yang memberikan cadangan susulan luahan dibuat wanita ini.


“Tapi 10 tahun kira gila lama duduk dengan mentua weh. Tahu tak satu rumah tu tak boleh ada dua permaisuri? Beginilah jadinya. Dengan mak mentua anon jenis macam ni, baik anon cari rumah sewa paling murah RM800 sebulan pun okay dah. Hidup sendiri dengan cara sendiri.


“Mungkin sis boleh minta suami uruskan nafkah paling utama iaitu tempat tinggal. Yang duit belanja dia bagi boleh minta berhentikan dulu. Cuma bagi duit untuk beli barang masak je pun kira lepas dah nafkah makan dari suami kalau nak jimat.


“Mungkin mentua pun tak selesa anda duduk rumah dia sampai 10 tahun. Ada la tu dia makan hati tapi tak sampai hati nak cakap. Cakap baik-baik dengan suami cari rumah sewa. Biar tak mewah asalkan selesa untuk tinggal sekeluarga,” kata beberapa netizen memberi cadangan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 03:55 PM | Show all posts
cari lah lelaki yg ada rumah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 03:57 PM | Show all posts
yg xmampu sediakn umah lain tu ank ko..nape ko nk mrh menantu plk..dsr mak mentua toksik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:03 PM | Show all posts
Dia nak lepaskan marah kat anak dia, tak sampai hati...darah daging sendiri so lepaskan la kat menantu. Dalam hati mau la menantu tu pujuk laki berambus dari rumah tu.

Mgkn dia panas hati, dah la anak kerja tak menentu, menantu lak suri rumah. Tak tau la kot ada bantu buat kerja rumah ke tak....dah 10 tahun tu kot.

Tapi apapun, saya tak berapa setuju la cara macam ni, hempas itu ini. Berterus terang je la kalau nk suruh anak menantu tu blah. Yg salahnya anak dia jugak, tak mampu jadi ketua keluarga yg bertanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Musuh wanita adalah wanita
Berebut lelaki berebut duit lelaki berebut rumah lelaki wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:16 PM | Show all posts
Herlina replied at 19-4-2023 04:03 PM
Dia nak lepaskan marah kat anak dia, tak sampai hati...darah daging sendiri so lepaskan la kat menan ...

hahah mcm mak sol la..nak keji anak sendiri tak sampai hati, keji je lah menantu baru.. ujung2 maafkan anak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik, ko dah byk makan garam kut
Kalo nk marah, cakap la depan2 kalo berani kan
Bukan hempas2 barang mcm budak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:37 PM | Show all posts
10 tahun duduk menumpang takkan tak boleh kumpul duit dp rumah... ke jenis perabis harta bende mak mertua je ni.... nambahnya takde... kikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 19-4-2023 04:03 PM
Dia nak lepaskan marah kat anak dia, tak sampai hati...darah daging sendiri so lepaskan la kat menan ...

Salah dia jgk, dh tau anak tu miskin knp di kawinkn jgk. Aniaya ansk dara org je
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:45 PM | Show all posts
Makcik, Banyak makanan tinggi natrium telah saya makan.
Jika anda tidak marah, anda juga boleh keluar dan mengatakannya.

Tidak menjadi kasar dan jatuh seperti budak-budak

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..mcm sama kes aku je..kalau mentua xpuas hati mesti buat kerja hempas2 brg..aku kadang tepikir xleh ke berhalus..mak bapak aku pn xpenah hempas2 barang gitu..aku dididik dengan penuh kelembutan..tapi bezanya aku duduk rumah mertua baru 2 thn..
Aku dah cuba sehabis baik layan mentua tapi afe je yg tak kena..kadang ade pk nak bubub racin tikus je dalam nasik [em:3:]

Bila aku bebetul baik, kena pijak kepala pulak..biay aku mcm org gaji dlm rumah tu..anak sendiri sikit pn die xbagi buat kje umah..mcm satu dosa besar pulak kalau anak die tolong bini sendiri..
Tapi takpe ah..lepas raya ni aku ajak laki aku pindah..hajat balik kg nak tlg laki jaga org tua bagi xsunyi ade xcucu2..kalau dah gini gaya nye baik aku pindah sajork..laki aku pn bukan duduk free rumah mak pak die..makan tanggung berak cangkung je..bills, belanja suma laki aku yg hadap sorang..mewah lagi mentua aku sejak anak die balik dduk kg..tp itu lah..menantu ni selamanya jgk dianggap org luar..the love is not pure melainkan hanya berpura2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun menumpang mungkin maknya sakit hati
Bertambah belanja pulak
Mungkin mak mertuanya B40 tak reti nak cakap terus terang, by action harap menantu paham

Menantu perempuan ni keje tak?
Bape org anak?
Kalau sorang atau 2 boleh la Cuba carik kerja supermarket
Dpt gaji RM 1200 pun ok. Kasik mak mertua RM 500 upah Jaga anak
Duit Lebih boleh Bantu husband
Mean time masa bekerja lapang sikit takyah harap mertua

At least husband bukan mat pet, Masih bekerja walau gaji sikit. mungkin B40 , husband tak berpelajaran tinggi susah nak dpt keje gaji besar

Moga2 anak2 diberi pelajaran Dan keluar Dari kepompong hidup dusah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pindah lah.. dah 10 tahun kan, walau susah hadapilah.. May be boleh juga buat apa2 utk tolong suami
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:10 PM | Show all posts
“Saya duduk dengan mentua dah nak dekat 10 tahun. Kami masih tak ada rezeki nak pindah sebab suami pun kerja tak menentu.


“Lagi-lagi selepas Covid-19, banyak syarikat tak nak ambil orang dah (kerja). Jadi sekarang ni suami kerja biasa-biasa je. Saya pula suri rumah.


laki ko bewak kerr noreen? dah 10 taon kawin takde rumah sendiri? lepas tu ko nak salahkan cobid? eh hello sebelum 10 taun tu lagi patut dah ada rumah sendiri yachhh so salah ko sendiri lah napa birah jugak nak kawin dengan laki homeless yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin masa sekolah dia aktif sukan gusti atau wakil tmn dlm acara gusti berirama…
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehal org cina kg aku ok je tinggal dgn mentua bagai.sampai ada cucu..padahal anknya tu tokey kedai,ada kete bagai..menantu duduk skali. Ni org melayu perasan diri keturunan pemaisuri ada saka ke sampai asik timbul isu menantu mentua 1 rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari keje.. Slow2 cari umah sewa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku heran ..ank org melayu keje kuli gigih buat rumah asing.depan unah maknya..dh melopongla maknya sorg2 dlm rumah blkg.
Aku rasa org melayu yg suke gaduh antara mentua dgn menantu ni mmg byl saka agknya..tak abis2 nk kelahi
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciktiekus replied at 19-4-2023 04:57 PM
Hahaha..mcm sama kes aku je..kalau mentua xpuas hati mesti buat kerja hempas2 brg..aku kadang tepiki ...

Moga sis dapat pindah cepat ye
Dok jauh Dan balik jarang2 orang Kata dekat bau taik jauh bau bunga
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah laki xreti carik duit.. kompem memanjang pinjam duit emak..
Dah la xbayar sewa n duit dapur agak nye..
Kau pun mesti pemalas sanggup duduk rumah besarkan bontot je dr usaha nak tambah pendapatan jual kuih ke, nasi lemak ke or kje part time.. mau xmengamuk..
Cuba duduk rumah mak kau pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.299226 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list