CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 14

Jho Low Bayar Penyanyi Rap AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

[Copy link]
Post time 19-4-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Jho Low didakwa membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack Obama pada 2012.


Menurut Bloomberg, Michel yang sedang dibicarakan kerana melobi haram, memberitahu mahkamah bahawa dia diupah ahli perniagaan dalam buruan itu sebagai "pembantu selebriti" yang mempunyai akses kepada majlis makan malam kutipan dana Obama di Washington DC.




Foto: Grouchy Greg Watkins - AllHipHop




Michel berkata reputasi Jho Low "terlalu panas" untuk mendapat jemputan, tetapi dia sanggup mencuba dengan bayaran.


"Saya pada dasarnya meminta AS$1 juta untuk mula memikirkan bagaimana saya akan mendapatkan gambar ini," katanya kepada mahkamah, ketika disoal peguamnya.


Akhirnya, Jho Low membayar Michel AS$20 juta dalam tempoh sembilan bulan sebagai bayaran gambar dia diapit oleh Obama dan isterinya Michelle di hadapan pokok Krismas.


Terdahulu pada Julai 2012, Michel terlibat dalam satu lagi kutipan derma untuk Obama di Miami, Florida di mana penyertaan adalah AS$40,000 sekepala tetapi tidak berjaya meyakinkan pasukan kempen Obama untuk menjemput Jho Low.


Sebaliknya, bapa Jho Low iaitu Larry Lau Hock Peng, duduk di sebelah Obama pada satu ketika semasa acara itu.


Menjelang 2012, Jho Low mendapat reputasi berparti dengan selebriti seperti Paris Hilton.


Pada masa itu, 1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan di mana Jho Low mempunyai pengaruh, baru sahaja mengumpulkan AS$1.75 bilion melalui bon yang diatur bank pelaburan AS Goldman Sachs.


Jumlah itu digunakan 1MDB untuk memperoleh aset tenaga, tetapi pendakwa AS mendakwa bahawa 40 peratus daripada jumlah itu diseleweng untuk faedah peribadi pegawai di 1MDB dan sekutu mereka.


Pendakwa raya AS telah menuduh Michel bersubahat dengan Jho Low, yang dikehendaki oleh AS kerana mencuri daripada 1MDB, dan pengubahan wang haram, pencabulan kewangan kempen, bertindak sebagai ejen tidak berdaftar untuk negara asing, mengganggu saksi dan berbohong kepada bank.


Michel menghadapi satu lagi tuduhan melobi pegawai dari pentadbiran Donald Trump untuk menggugurkan siasatan ke atas Jho Low.


Setakat ini, perbicaraan itu mendedahkan pertemuan Jho Low dengan selebriti AS Kim Kardashian dan anak tiri bekas perdana menteri Najib Abdul Razak, Riza Aziz.


Perbicaraan itu juga mendedahkan bahawa pelakon 'The Wolf of Wall Street' Leonardo DiCaprio bertemu Najib melalui Jho Low.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 11:24 AM | Show all posts
"erbicaraan itu juga mendedahkan bahawa pelakon 'The Wolf of Wall Street' Leonardo DiCaprio bertemu Najib melalui Jho Low."


gambar mana gambar???

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sesuka hati je ye belanja duit negara n rakyat. the country could use the money in this challenging time. semoga Allah membalas segala perbuatan khianat oleh jolo n jibi dgn pembalasan yang setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap lagi berderet masuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
c jahanam hanat ni hancur msia berhutang gra2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 01:56 PM | Show all posts
dan beliau masih lagi hidup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg rindu era Najib. Free Najib
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 02:37 PM | Show all posts
mana la pi jholow ni jom doakan sama2 kita dpt tangkap dia and recover semua harta2 yg dia songlap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik terjulur-julur tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang hati ajer ngko bazirkan duit 20m cenggituh ajer
Celaka bethol
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 09:30 PM | Show all posts
Duit hasil scam opkos la belanja macam air. Cuba ko jd billionaire hasil usaha sendiri, entah2 rm10 pun bole tentu ko nak bg gitu2 jah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak tahu tapi saya guna je la
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Malaysia ni bodoh... Patutnya guna proksi 3rd party utk kidnap mak bapak adik beradik & sedara mara terdekat Jho Lo ni..... Pastu seksa & bunuh sorang2 sampai Jho Lo ni menyerah diri.... Buat  live video...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:10 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 20-4-2023 04:46 AM
Kerajaan Malaysia ni bodoh... Patutnya guna proksi 3rd party utk kidnap mak bapak adik beradik & sed ...

ooooo kaka like idea camni, ala2 terorist buat kan. baru gempak.
ugut n bunuh aaagittewww..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran pon.. selepas hampir 15 tahun, masih lagi ada acik2 yang purcaya fitnah rosmah menabung dari kecil beli cincin

Begitulah peribodohnya mereka ittew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065371 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list