CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Perlis] Kandang lembu jadi stesen jual minyak subsidi

[Copy link]
Post time 18-4-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sebuah kandang lembu yang dijadikan tempat jualan minyak bersubsidi kepada kenderaan asing diserbu penguat kuasa KPDN di Padang Besar, semalam.


PADANG BESAR – Sebuah kandang lembu bagaikan bertukar menjadi stesen minyak mini apabila disyaki menjual bahan bakar bersubsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran Thailand.

Kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu premis itu menerusi Ops Tiris, semalam.

Pengarah KPDN negeri, Norazah Jaapar berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi itu selepas hasil risikan sejak beberapa minggu lalu oleh pasukan penguat kuasa tersebut.

“Ketika serbuan dilakukan, seorang lelaki warga tempatan berusia awal 30-an berada di stor berkenaan dan dia mengaku bekerja sebagai penjaga stor.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah kira-kira 1,200 liter diesel di dalam lima tong drum dan satu unit tangki IBC,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata beliau, diesel dan beberapa peralatan lain termasuk dua unit pam bermotor, empat hos penyedut minyak dan satu unit bil elektrik disita dengan nilai rampasan berjumlah RM3,780.

“Modus operandi bagi kes ini adalah suspek akan menggunakan kenderaan nombor pendaftaran Malaysia untuk membeli minyak di stesen-stesen di negeri ini dan membawanya untuk disimpan di sebuah stor di kandang lembu ini.

“Suspek dipercayai akan menjual bahan bakar bersubsidi ini kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing yang datang mengisi diesel di lokasi serbuan,” jelasnya.  – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ual-minyak-subsidi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.490329 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list