CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Pulau Pinang] Yuran tuisyen konsep Rahmah bantu pelajar kurang berkemampuan

[Copy link]
Post time 18-4-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Yuran tuisyen konsep Rahmah bantu pelajar kurang berkemampuan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



PUSAT tuisyen di Sungai Dua menawarkan yuran konsep Rahmah iaitu dengan pengurangan sehingga 75 peratus bagi empat subjek utama. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Tawaran yuran pada harga konsep Rahmah.

Itu yang dilakukan sebuah pusat tuisyen di Sungai Dua, di sini, dalam membantu pelajar daripada golongan kurang berkemampuan mendapatkan ilmu.

Inisiatif itu juga mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan bulan lalu.

Pengasas Pusat Tuisyen Fast Track Syed Ahsan Shahul Hamid berkata, yuran konsep Rahmah yang ditawarkan adalah serendah RM33 sebulan bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk murid tahun satu hingga tingkatan lima.

Katanya, setakat ini seramai 30 pelajar berdaftar di pusat tuisyen berkenaan dan mereka dididik 15 tenaga pengajar.

"Kita faham pada masa ini dengan keadaan ekonomi tidak menentu dan ibu bapa pula berhempas pulas menyediakan keperluan bagi sesi baharu persekolahan serta persiapan Aidilfitri.

"Jadi, yuran tuisyen dengan konsep Rahmah ini membantu dengan memberi pengurangan harga sebanyak 75 peratus berbanding harga asal iaitu sehingga RM150 bagi empat mata pelajaran berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Syed Ahsan berkata, pelajar yang mendaftar di pusat tuisyen itu kebanyakannya golongan kurang berkemampuan.

"Malah ada juga tidak pernah ke kelas tambahan atas sebab tertentu seperti mempunyai latar belakang adik beradik yang ramai.

"Setakat ini, kami mendapat panggilan lebih 70 ibu bapa dan waris pelajar yang mahu mendaftar anak mereka selepas Aidilfitri.

Jika mendapat sambutan positif dalam masa tiga bulan, kami merancang mahu memperkenalkan pakej lain pula supaya lebih ramai pelajar menerima manfaat," katanya.

Menurutnya, antara yang akan ditawar ialah pakej pembelajaran secara dalam talian supaya pelajar dari negeri lain juga boleh mengikutinya.



Disiarkan pada: April 18, 2023 @ 4:16pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.096282 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list