CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1557|Reply: 5

Penerbit Indonesia Lamar Anna Jobling "Mungkin Saya Akan Berkemban Tapi..."

[Copy link]
Post time 18-4-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Populariti Anna Jobling akhirnya menular hingga ke seberang.


Sejak drama rantaian Melur Untuk Firdaus lakonannya meledak di Indonesia, Anna menjadi kegilaan peminat di republik itu.


Foto: IG




Seiring populariti ditempa, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman mula dihujani tawaran berlakon di Indonesia.


Bagaimanapun, akui si cantik manis ini, rezeki masih belum berpihak kepadanya. Anna terpaksa menolak tawaran diberi berikutan jadual kerja yang padat.




  



"Saya ada terima dua tawaran berlakon iaitu untuk filem dan siri mini. Bagaimanapun, dua tawaran itu terpaksa ditolak kerana saya terikat dengan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus.


"Meskipun genre filem yang ditawarkan kegemaran saya, iaitu seram, namun, keutamaan saya tetap kepada Melur Untuk Firdaus.


"Tanpa drama itu, saya tidak akan dikenali hingga ke Indonesia," katanya ditemui pada majlis Iftar bersama Anna Jobling di ibu negara, baru-baru ini.




  



Enggan terburu-buru melebarkan sayapnya ke Indonesia, gadis berusia 23 tahun ini mahu memastikan kemunculannya di sana bukan sekadar melepaskan batok di tangga.


"Menerusi tawaran yang diberi, saya akan menjadi antara pelakon utama. Bagaimanapun, saya tidak kisah bermula dari bawah atau sebagai pelakon ekstra.


"Di Malaysia pun, saya melalui pengalaman sama.


"Selain itu, saya perlu belajar bahasa Indonesia sebagai persediaan. Mungkin saya akan cari guru," katanya.




  



Mengulas apakah dia terbuka melakonkan babak ranjang atau tampil seksi berdasarkan kecenderungan penerbit di Indonesia yang gemar memaparkan babak sebegitu dalam karya mereka, Anna tidak akan berkompromi.


"Saya akan pertahankan prinsip dipegang. Kalau saya tidak suka dengan sesuatu karakter itu, saya tidak akan buat.


"Sama juga dengan tampil seksi seperti berkemban. Saya akan tengok dulu apa keperluan babak itu. Kalau perlu, mungkin saya akan berkemban tetapi saya tutup dengan tuala.


"Apapun, saya perlu berbincang dengan penerbit dan pengarah sebelum buat keputusan. Lagipun, sekarang ini kita ada teknologi. Mungkin boleh guna kaedah 'body double' (aksi dilakukan pelakon gantian).


"Tetapi kalau hendak suruh saya pegang watak hantu, saya okay sahaja. Saya tiada masalah disolek hodoh demi watak. Memang matlamat saya untuk berlakon filem seram di seberang," katanya yang menggemari filem seram seperti Bila Iblis Menjemput dan Pengabdi Setan.




  



Sementara itu, mengulas dakwaan netizen watak Melur dalam drama sekuel Melur Untuk Firdaus 2 agak tenggelam berbanding musim pertama, anak jati Kuala Lumpur ini menerima perkara itu dengan positif .


"Saya tahu kerana ada baca banyak komen mengenainya. Perkara ini sebenarnya terpulang pada stesen penyiaran, penerbit dan pengarah. -


"Sebagai pelakon, saya sudah lakukan apa yang perlu seperti buat kajian dan beri yang terbaik," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 01:36 PM | Show all posts
buat la apa you nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti terus cakap bahasa Indonesia ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mix dgn org islam dia ni..ingatkn mcm emilia.
Dia ni kalau belakon dgn emilia jd adik beradik  pun ok, muka dh nk sama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-4-2023 06:09 AM
Mix dgn org islam dia ni..ingatkn mcm emilia.
Dia ni kalau belakon dgn emilia jd adik beradik  pun o ...

Org jumpa sheols in real life siap tag amelia lagi kat IG..salah org..fans sheols gi tegur salah tag.. sampai tahap tu non fans confuse
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
diamondhoney replied at 19-4-2023 06:20 AM
Org jumpa sheols in real life siap tag amelia lagi kat IG..salah org..fans sheols gi tegur salah t ...

Iols pun bukan fans dia...kalau jumpa pun mesti ingat amelia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.163992 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list