CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

Dadah 10kg Dalam Kereta Di Parkir Pasar Raya Bercham

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Pihak polis menjumpai lebih 10 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dalam sebuah kereta seorang lelaki berusia 58 tahun dalam serbuan di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pasar raya besar di Bercham, Ipoh, semalam.


Menerusi operasi dikendalikan melalui Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 2.20 petang itu pihak berkuasa berhasil menahan tiga lelaki warga tempatan masing-masing berumur 40, 58 dan 61 tahun.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek berumur 58 tahun menjumpai sebuah guni plastik.






Guni plastik itu di dalamnya mengandungi 10 bungkusan plastik yang masing-masing berisi paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 10.4kg.


Katanya, nilai pasaran dadah yang dirampas itu kira-kira RM400,000 yang boleh digunakan bagi menampung permintaan kira-kira 20,000 penagih.


Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berumur 58 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 39b dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"olis akan mendapatkan perintah reman terhadap tiga suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada seorang warga asing di wilayah utara negara. - CARI




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.029382 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list