CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Aston Martin buru kemenangan sulung

[Copy link]
Post time 18-4-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode

PERMULAAN hebat Aston Martin pada tiga perlumbaan awal musim belum cukup untuk memberi kepuasan kepada pemiknya, Stroll.

Aston Martin buru kemenangan sulung


LONDON – Aston Martin membuka kempen perlumbaan Formula Satu (F1) dengan positif, namun pemilik pasukan tersebut, Lawrence Stroll menuntut agar pasukannya itu terus bekerja keras terutama untuk memburu kemenangan pertama mereka musim ini.

Selepas penjenamaan semula kepada Aston Martin pada 2021, pasukan yang berpangkalan di Silverstone itu melakukan persiapan cukup baik untuk menjadi pasukan pencabar.

Kehadiran juara dunia dua kali F1, Fernando Alonso musim ini berjaya meletakkan Aston Martin di landasan tepat apabila mencatat hatrik untuk menduduki podium di tempat ketiga dengan merentasi tiga perlumbaan pembukaan pada Grand Prix (GP) Bahrain, GP Arab Saudi dan GP Australia.

Jentera AMR23 setakat ini te­lah terbukti sebagai kereta kedua terpantas di belakang pasukan Red Bull terutama jentera RB19 yang dipacu Max Verstappen dan Sergio Perez dominan sepanjang tiga perlumbaan musim ini.

Menurut ketua pasukan Aston Martin, Mike Krack menegaskan, Stroll meletakkan cita-cita tinggi dan permulaan menyakinkan tersebut tidak mencukupi, sekali gus menuntut lebih banyak lagi kejutan selepas ini.

“Misi pasukan sangat jelas terutama memburu keputusan lebih baik. Jelas sekali, dia (Stroll) gembira bahawa kami telah membuat satu langkah kehadapan, tetapi keputusan itu masih belum cukup buatnya terutama mencapai kemenangan.

“Perkara yang baik tentang Stroll ialah dia tahu di mana anda berada, sebab itu dia mahukan lebih banyak kejayaan. Sebab itu kami perlu meneruskan momentum terbaik ini dan memberikan lebih banyak lagi kejutan.

“Perkara mengembirakan saya ialah kami telah menunjukkan kemampuan pasukan ini di tiga litar berbeza dan kami yakin mampu tampil dengan aksi yang baik pada perlumbaan seterus­nya,” kata Krack.

Krack juga mengakui pasukannya sedang melakukan persiapan untuk menghadapi GP Azerbaijan yang lebih mencabar terutama laluan lurus di litar tersebut.

“Perlumbaan pada GP Azerbaijan sedikit berbeza kerana litar itu ada laluan lurus yang agak panjang dan kemudian pasukan akan menghadapi perlumbaan di Monaco yang sediki sempit.

“Itu situasi yang pasukan hadapi dan saya telah katakanya bahawa kami perlu berada pada tahap maksimum di setiap masa untuk melepasi cabaran-cabaran seperti ini,” tambahnya.

Aston Martin kini menduduki tempat kedua 65 mata dan ke­tinggalan 58 mata di belakang Red Bull selepas pasukan tersebut melakar tiga kemenangan berturut-turut. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -kemenangan-sulung/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list