CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Borneo] PM setuju Sarawak tubuh syarikat penerbangan

[Copy link]
Post time 17-4-2023 11:39 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Anwar bersama Abang Johari dan Othman (dua kanan) melakukan simbolik perasmian Raia Hotel & Convention Centre Kuching. -Gambar Roystein Emmor
  • Anwar pada dasarnya bersetuju dengan permohonan Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri

Oleh Marlinda Mardzuki
dan Agnes Tugong

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada dasarnya bersetuju dengan permohonan Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat kabinet pada Rabu ini.

“Jadi, jangan bimbang Premier. Hari Rabu petang kita akan beri jawapan rasmi dengan saya sendiri sebagai Pengerusi Mesyuarat Jemaah Menteri (mesyuarat kabinet).

“Dan insya-Allah rakan-rakan kabinet yang lain juga akan bersetuju dengan mudah,” katanya pada Majlis Perasmian Raia Hotel & Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, perkara itu juga pernah dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet lalu dan turut diutarakan pada dialog bersama pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini, susulan aduan mengenai tambang penerbangan yang tinggi dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Melihat kepada prestasi dan keupayaan Kerajaan Sarawak, saya pada dasarnya bersetuju dengan penubuhan syarikat penerbangan ini.

“Premier Abang Johari ini kenal saya lama, jadi dia tahu bagaimana nak memujuk saya supaya bersetuju dengan memberikan ucapan yang ringkas," katanya.

Anwar berkata, beliau menaruh harapan tinggi Kerajaan Sarawak dengan prestasi baiknya dapat menguruskan syarikat penerbangan butiknya sendiri.

“Sebenarnya menjalankan satu syarikat penerbangan bukan perkara yang mudah. Pengalaman satu syarikat itu memang membebankan dalam banyak perkara dan banyak pengalaman,” katanya.

Beliau mengakui bahawa tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak adalah tinggi dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menjalankan beberapa rundingan dengan syarikat penerbangan sedia ada untuk mengurangkan kos atas semangat perpaduan dan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Sementara itu, Anwar memuji Kerajaan Sarawak yang kini mendahului dalam banyak bidang berbanding negeri lain di Malaysia.

“Saya sudah sebut dalam sidang Parlimen, dari segi kenderaan elektrik Sarawak bergerak ke hadapan, dari segi hidrogen dan gas mereka juga di hadapan.

“Saya berterima kasih kepada Premier Abang Johari atas kepimpinan beliau dan pasukannya yang harus menjadi contoh dalam menguruskan negeri,” katanya.

Terdahulu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan berharap Perdana Menteri dapat meluluskan cadangan Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan Butik Airline.

Katanya Sarawak menerima banyak pelaburan dan sudah tentu berkehendakkan kemudahan hotel untuk kemudahan pelabur dan pelawat yang berkunjung ke Sarawak.

Bagaimanapun katanya, tambang penerbangan untuk ke Sarawak terlalu mahal sebagai contoh Kuala Lumpur-Kuching sama dengan harga tambang ke Hong Kong.
“Sebab itu Kerajaan Sarawak mahu tubuhkan Butik Airline dan harap Perdana Menteri dapat luluskan syarikat ini.

“Kita tidak hendak bersaing tetapi hanya hendak menstabilkan tambang kerana saya lihat tambang dan kerajaan negeri sedia melabur dalam syarikat kecil penerbangan bagi memudahkan mereka datang ke Sarawak sebagai pelancong mahupun pelabur,” katanya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) Dato’ Othman Semail serta tetamu kehormat lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.277972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list