View: 1852|Reply: 35
|
Tidak Mungkin Penampakan Anak Bulan Khamis Ini - IAC
[Copy link]
|
|
Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) menjangkakan tiada kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Khamis ini dan dengan itu Aidilfitri diramal jatuh Sabtu bersamaan 22 April ini.
Badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dalam satu kenyataan di akaun Twitternya memberitahu, ramalan dibuat berdasarkan maklumat astronomi.
Bagaimanapun, tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan oleh pihak berkuasa selepas melihat anak bulan.
 Gambar hiasan.
Menurut IAC, penampakan anak bulan pada petang Khamis adalah sangat sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional, dan keadaan cuaca yang luar biasa.
"Melihat anak bulan pada Khamis tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di Arab dan negara Islam.
"Ia tidak mungkin dilakukan dengan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian Afrika Barat bermula dari Libya, dan oleh itu Sabtu kemungkinan besar akan menjadi hari pertama Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan.
Penglihatan kekal sangat sukar dan memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa.
Pusat itu berkata, sambil menyatakan bahawa gabungan faktor itu jarang berlaku, dan oleh yang demikian anak bulan tidak dijangka dilihat walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana sahaja di dunia Arab.
IAC menyatakan bahawa kemungkinan melihat anak bulan dengan teleskop dari beberapa bahagian dunia Islam pada Khamis, dan disebabkan berlakunya konjugasi sebelum matahari terbenam, dan terbenamnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah negara Islam.
Berikutan itu, negara Islam dijangka dan berkemungkinan akan mengumumkan permulaan bulan Syawal pada Jumaat.
Bagi negara yang memerlukan penglihatan yang betul dengan mata kasar sahaja atau penglihatan tempatan yang betul dengan teleskop, mereka dijangka terus berpuasa hingga genap 30 hari.
Maka, Aidilfitri akan jatuh pada Sabtu untuk negara terbabit.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali tetibe jumaat raya. Elokla netizen maki IAC ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu era Najib.. bulan setiasa muncul. Hebat Najib tauuuuu!!!!
#FreeNajib |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gingerly at 17-4-2023 06:14 PM
Tgk ptg khamis mmg takkan nampak nya. Ptg jumaat yes, ada sinaran harapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp taon ni obses bebenor ngn ank bolan?
Dh brapa taon ank bolan syawal xkelihatan?
Xnampak ank bolan xberaya ka apa?
Bapa ramai yg meninggal raya mengejut taon lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai dh ye start cuti, org niaga pakat dah start tutup kedai belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuk org yang sibuk pasal cuti tuh sb nknkemas rumah..ko hamik jerlah cuti seminggu 2minggu..senang...apa susah..korang yg beria nk raya sgt kan. Yang kebulur sgt public holiday dh kenapa. Aku yg cuti tshunan sikit ni pun xkose nk lelebih |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 17-4-2023 06:12 PM
Knp taon ni obses bebenor ngn ank bolan?
Dh brapa taon ank bolan syawal xkelihatan?
Xnampak ank bola ...
Org yg bebetul pokus ngn ibadah puasa tak gelepor pun mikir raya bilerr
Dulu2 takde pun kecoh gini mcm la tak penah raya terkejut zaman iols kecik dulu tp semua org rileks jaa
Nih sampai beli 2 tiket bas la, kalut nak balik awal laaa |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 17-4-2023 05:59 PM
Sekali tetibe jumaat raya. Elokla netizen maki IAC ni
Smlm dlm tazkirah tmpt iols, ustaz ckp mmg 99% raya ari sabtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Last year apa bezanya dgn tahun ni?  |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 nampak...dan raya jatuh hari jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 17-4-2023 06:54 PM
Ehhhhh??? Sebelom ni IAC ni jugek konpiden cakap raya tahun ni Jumaat... Hapoooooo?????
Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat
Sinar Harian
April 7, 2023 02:30 MYT
Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat
Negara-negara Islam dijangka menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April ini. - Gambar hiasan
DUBAI: Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Menurut portal Gulf News, bagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.
Berita selanjutnya:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/pusat-astronomi-antarabangsa-jangka-1-syawal-pada-jumaat-414423
Sekejap Jumaat, sekejap Sabtu. Belit2.
Patotnya jangan umum awal, jangan kelirukan umat Islam gitu. Ni mesti main agak2 jahh awal2 hari tu, ujong2 nak dekat tarikh eh ramalan agak tersasar ha gituhhhh
Baik tunggu pengumuman Khamis ni

|
|
|
|
|
|
|
|
Sabor..sabor la...posa x abeh lg..dh nak raya sakan.... ... |
|
|
|
|
|
|
|
Aii dah bijak sikit ambik pengajaran dari tahun lepas apply cuti..cuti 20-24hb..bila2 raya pun xpa ja..nti pandai2 la boss adjust |
|
|
|
|
|
|
|
macam tak biasa kat mesia ni yang dinafikan tu lah yang bakalan betul2 jadi. bolehland kekdahnyerr yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesah la raya hari apa pun..yg penting aku dh selamat sampai kampung.. Alhamdulillah
Korang yg balik lmbt diucapkan selamat menempuh jem |
|
|
|
|
|
|
|
alah kut raya jumaat tu, tapau la sesiap hari kames tu kari kamben ka , kari ayam ka kat mamak tu ha
pehtu lepas announce angpa rebuih tupat instant je lah..
apa kecoh2 lagi... yennadei  |
|
|
|
|
|
|
|
https://saudigazette.com.sa/article/631689/SAUDI-ARABIA/Astronomical-calculations-indicate-that-Friday-is-first-day-of-Eid-Al-Fitr-expert-says |
|
|
|
|
|
|
|
tak mungkin...tak mungkin
last umum raya hari jumaat |
|
|
|
|
|
|
| |
|