View: 311|Reply: 4
|
Enam Warga Asing Pecah Pejabat Ditahan
[Copy link]
|
|
Enam lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit kes pecah pejabat di Wisma Manuris, Wangsa Melawati, Wangsa Maju di sini, menerusi beberapa serbuan, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kes pecah pejabat pada 1 April lalu membabitkan kerugian mata wang asing bernilai RM50,000 serta dua telefon bimbit.
"Susulan itu, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju membuat beberapa serbuan berdasarkan hasil risikan yang dijalankan, pada 2 pagi, 13 April lalu.
"Hasil serbuan, polis menahan enam lelaki warga asing berusia antara 31 tahun hingga 41 tahun di sebuah kediaman di Jalan Metro Perdana, Metro Prima, di sini.
" olis turut merampas 38 keping mata wang asing pelbagai negara, pakaian yang dipakai oleh suspek ketika kejadian, beg silang warna hitam jenama Werocker, beg silang warna coklat jenama Gelape, sepasang kasut warna hitam jenama Fashion, empat walkie talkie dan peralatan memecah masuk pejabat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati suspek pecah masuk pejabat itu melalui bumbung di tingkat atas bangunan.
"Selain itu, kesemua suspek juga terbabit dengan dua kes lain di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor," katanya.
"Suspek disambung reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 April ini dan siasatan diteruskan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa bala betul la depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la taknak bebas Najib awal2. Kalau Najib ada polis lebih byk drp penjenayah tauuuu!
#FreeNajib! |
|
|
|
|
|
|
|
Campak jela blk kat negara diorg.. semak sini nk bg makan la apa la..dh dtg buat la cara elok2 sikit cr nafkah [em:6:][em:6:][em:6:] |
|
|
|
|
|
|
|
depa mai mau kasi maju Msia...maaa...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|