View: 1736|Reply: 29
|
Tak Tergamak Tipu Pelanggan, Peniaga Rugi RM2000,- Bahan Perap Berbuih, 100 Ekor Ayam Dihumban Masuk Tong Sampah!
[Copy link]
|
|
Pasangan peniaga Ahmad Faizal Abdullah, 28, dan isterinya Noraziah Hasbullah, 30, reda apabila 100 ekor ayam di kedai mereka di di Mentakab, Pahang, terpaksa dibuang, pada 11 April lalu.
"Ayam tu sebenarnya baru saja diambil. Ada kesan lebam pada ayam. Tukang perap dah perasan, tapi dia tak biasa situasi macam tu. Jadi dia kumpul semua ayam dan perap dalam satu bekas.
"Apabila ayam yang dah busuk terendam dengan bahan perap, ayam yang masih elok pun ikut berbau. Kemudian bahan perap jadi berbuih. Terus staf saya tak berani nak bakar.
"Selepas kami periksa balik, ayam memang dah tak boleh pakai. Jadi kami ambil keputusan untuk buang saja. Kalau dikira, rugi dalam RM2,000," katanya kepada mStar.
 Foto: mStar
Kisah malang itu turut dikongsi di TikTok dan menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang menyelar tindakannya membuang kesemua ayam itu.
"Memang ada yang bagi cadangan suruh rendam cuka untuk hilangkan bau. Tapi kami tak mahu jual ayam tak elok kepada pelanggan. Kami bukan berniaga sebulan dalam bulan puasa, kami ada kedai dan berniaga sepanjang masa.
"Kami jaga kualiti. Siapa yang nak rugi kan? Ramai juga yang cakap saya patut sedekah ayam tu kepada orang ramai. Saya tak berani nak sedekah makanan yang dah tak elok. Sebab risiko keracunan makanan boleh membawa kematian," ujarnya.
Tambah Faizal, dia turut menerima cadangan supaya ayam-ayam itu diberi kepada haiwan lain, namun katanya dia tidak mempunyai kelapangan masa kerana sedang sibuk menyiapkan tempahan iftar.
"Ada yang suruh kami bagi pada kucing. Masalahnya seekor kucing tak mungkin dapat habiskan seekor ayam. Takkan kami nak cari kucing seekor demi seekor untuk bagi makan. Ayam tu ada 100 ekor.
"Ada juga yang suruh bagi pada anjing. Tapi kami tak sempat sebab tengah kejar tempahan lain. Yang suruh beri pada penternak keli pun ada, tapi saya tiada contact penternak keli. Kami pula tengah kejar masa.
"Selain itu, ada juga yang cadangkan supaya saya sedekahkan ayam tu semua kepada zoo. Kat sini mana ada zoo. Cadangan itu bagus, tapi tak kena dengan situasi," ujarnya yang mula berniaga sejak dua tahun lalu.
Di sebalik dugaan itu, Faizal berkata dia bersyukur apabila kedainya sentiasa menjadi pilihan ramai dan turut dikunjungi individu dari luar negeri Pahang.
Akhir bicara, Faizal turut menitipkan pesan kepada para peniaga agar sentiasa jujur dan berusaha memberikan kualiti terbaik buat pelanggan masing-masing.
" ada saya, kalau makanan itu rosak, jangan jual walaupun ada orang kongsi cara untuk hilangkan baunya. Kita kena ambil iktibar kes orang mati keracunan makanan.
"Ada orang guna kaedah macam tu kalau makanan rosak, tapi saya memang tak berani," ujarnya lagi.
Menu ayam tong yang dihasilkan pasangan itu bersama tujuh pekerja mereka dijual pada harga RM26, RM28 dan RM30, mengikut saiz yang tersedia bersama sos istimewa.
Selain itu, kedai tersebut juga ada menyediakan menu-menu lain seperti makanan laut dan sebagainya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Biar rugi dari org makan keracunan dan mati, dari masuk jel dan rasa bersalah seumur hidup. Cam kes gi kenduri mkn ayam busuk, budak2 dan org tua yg mati.. Buat naya je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah bagus tindakan abang, 2000 tu tak seberapa sgt kalau org yg makan sampai sakit perut lalu kehilangan nyawa.
Silap rugi lagi byk kalau jual ayam yg dha busuk ni.
Jgn memain ngn salmonella nih kena org tua or kanak2 yg mkn teruk gak penangannya.
Tak perlu ikut petua mengarut basuh ngn cuka bagai, ayam dh berbau or kaler lain skit mmg tak ok. Buang je, jgn jd mcm org kat kenduri kawen dahlaa penyediaan tak betul tu yg sampai busuk pastu igt basuh ngn cuka tuh jadikan ayam tu segar balik ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Silap pekerja tak check satu2 sebelum humban dalam sos perap. Nampak sangat sebelum ni main hentam buat kerja.
Hikmah dari kejadian..
Boleh tahu camana pekerja sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo jugak ek yg suggest p sedekah ayam rosak kt org. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh la netizen yg bg idea² bodo tu.  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jual juga nti netizen ckp nape xbuang je. Da buang netizen suruh bg kucen la, bg org lah adoi stress lah aku bace |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam rosak kalau sedekah pada binatang, diorg tak sakit perut jugak ke? Tetiba terfikir pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya yg suruh sedekah tu. 
Teringat Kes agar2 telur ke apa.. telur tak elok jugak kan tu tp buat jugak .smpi ada yg meninggal lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 17-4-2023 12:55 PM
Bodoh la netizen yg bg idea² bodo tu.
Mesti sejenis hadap makanan free tu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus, menjaga kemasyahalatan ummah |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 17-4-2023 01:15 PM
Mesti sejenis hadap makanan free tu kan.
Kang nt kalau ada yg sakit ka mati ka, sian si pensedekah tu kna saman. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada rezeki kat tempat lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Bgs la..sbb dia bukan berniaga bln puasa je...kena keracunan kang pelanggan boleh hingat sampai bebila la....bukan rm2000 yg rugi kang....yg staff and vendor tu kasik pulas telinga skit |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah swt gantikan rezeki yg lain.
Tindakan yang bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbatkan aje ayam2 berbuih tu dlm mulut netizen dumbo sekolah x habis malas membaca..kebodohan sebegini yg menyusahkan org lain..silap2 membunuh org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc: Ayam rosak kalau sedekah pada ...
Sakit . Klau i, mmg xbg makann mcm ni pd binatang |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh meninggal org yg makan lauk tercemar ni...bg je sedekah kat org bodoh yg cadangkan sedekah tu...suruh dia mkn |
|
|
|
|
|
|
| |
|