CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Sabah] Rancangan kerajaan perlu disiarkan secara 'real time'

[Copy link]
Post time 16-4-2023 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-4-2023 12:22 PM

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) berhasrat menjadikan semua perancangan kerajaan disiarkan kepada orang awam secara 'real time' atau waktu sebenar.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, pihaknya mahu segala laporan yang dibuat boleh diterbitkan segera tanpa kelewatan sehari atau seminggu.

"Saya sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar untuk berkemungkinan bersama-sama melaksanakan satu bengkel.

"Harapan kita supaya satu hari nanti, semua laporan mengenai perancangan kerajaan negeri ini dapat diterbitkan secara 'real time'," katanya ketika ditemui pada Malam Apresiasi Media di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya (kerajaan) seharusnya beroperasi 24 jam seminggu kerana orang awam kini mempunyai akses penuh kepada laporan berita pada setiap waktu, kakitangan awam tidak lagi boleh bekerja seperti sedia kala.

Katanya, berita 'real time' kini dilihat sebagai sesuatu yang mendesak kerana semua orang mahukan berita terkini.

"Desakan seumpamanya adalah disebabkan pengaruh kuat daripada media sosial yang bukan sumber berita sahih.

"Kita perlu berhadapan dengan cabaran ini, kita perlu memainkan peranan untuk memberikan laporan sahih terkini," katanya.

Sementara itu, Muguntan dalam ucapannya menyeru kepada pihak perkhidmatan awam negeri ini khususnya ketua kepada jabatan berkaitan untuk memberikan maklum balas secepat mungkin apabila ditanya mengenai sesuatu isu.

"Tidak dinafikan, walaupun isu yang timbul hanyalah kecil, tetapi sekiranya ianya lambat diperjelaskan, isu berkenaan mampu diputarbelitkan dalam media sosial sehingga menjadi isu besar.

"Fakta sahih perlu dilaporkan segera untuk mengelakkan daripada sebarang salah faham dalam khalayak orang awam.

"Percayalah, setelah fakta sebenar diketahui umum, isu yang diputarbelitkan itu tidak lagi menjadi keutamaan orang awam," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/04/16/rancangan-kerajaan-perlu-disiarkan-secara-real-time
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list