CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Sabah] Rakyat Sabah diminta kekalkan perpaduan semua kaum, agama

[Copy link]
Post time 16-4-2023 08:19 PM | Show all posts |Read mode
TAWAU: Semua rakyat perlu berusaha mengekalkan perpaduan yang sedia terjalin demi keharmonian hidup berbilang kaum dan agama khususnya di negeri ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Sabah merupakan negeri yang unik kerana mempunyai pelbagai suku, kaum dan agama,

Katanya, usaha menjaga perpaduan semua masyarakat harus bermula dengan menghormati jiran yang tinggal berdekatan dengan kita.

“Kita akan memperoleh kebaikan sekiranya sikap toleransi sesama jiran dapat dijaga kerana banyak perkara dapat diselesaikan secara bersama.

“Saya yakin semua agama menyeru penganutnya supaya sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama jiran kita,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan makanan yang dianjurkan Persatuan Penganut Dewi Kuan Yin, Tinagat, di sini semalam.

PERPADUAN: Nizam (tengah) bersama sebahagian Ahli Jawatankuasa Persatuan Penganut Dewi Kuan Yin, Tinagat.
Menurutnya, inisiatif Persatuan Penganut Dewi Kuan Yin menyalurkan makanan kepada masyarakat Islam pada bulan Ramadan ini perlu dipuji.

“Saya difahamkan, amalan ini sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi dan disambung oleh genarasi atau jawatankuasa tokong Kuan Yin pada masa kini.

“Sikap sebegini perlu dicontohi oleh semua masyarakat, persatuan atau organisasi di negeri ini kerana mereka menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan soal perpaduan dalam kalangan rakyat di Sabah.

“Semua kaum dan agama di negeri ini mendapat manfaat daripada kerajaan negeri termasuklah soal penyaluran peruntukan yang ada.

“Justeru, saya berharap rakyat Sabah khasnya di perbandaran Tawau dapat meraikan setiap kaum dan agama yang ada di negeri ini tanpa wujudnya sebarang persengketaan,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061679 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list