View: 389|Reply: 1
|
[Tempatan]
Sampai ke hari ini tak jumpa Acap
[Copy link]
|
|
Sampai ke hari ini tak jumpa Acap
MOHAMMAD Ashraf
Gopeng: Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac 2019 masih terus misteri. Mohammad Ashraf atau Acap yang berusia 29 tahun ketika dilaporkan hilang oleh rakannya yang bertindak membuat laporan di Balai Polis Gopeng pada jam 1.09 pagi keesokannya sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
SAR yang digerakkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak serta pasukan keselamatan lain termasuk bantuan penduduk kampung.
Kampung Pintu Padang, dekat sini, menjadi lokasi Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB).
Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk ditemui sehinggalah operasi terpaksa dihentikan pada 17 April 2019.
Menurut bekas Ketua Kampung Pintu Padang Mohd Fairis Zabidi, penduduk kampung berkenaan turut bertungkus-lumus membantu pihak berkuasa sepanjang sebulan SAR dilakukan.
"Kebanyakan penduduk kampung mencari di kawasan bermula di kaki Bukit Batu Putih, yang terletak di kampung ini dan ada juga masuk di belakang sana ikut Sungai Kampar.
"Laluan trek adalah jauh, dari Kampung Jahang dia meredah Sungai Kampar naik ikut Bukit Batu Putih, masuk ke kampung ini, pusing balik Gunung Kandu sebelum tiba di ke check point terakhir. Memang jauh jaraknya, tapi tiada petunjuk dijumpai sepanjang pencarian kami.
"Seingat saya, suasana kampung ini sangat sibuk ketika itu dengan ramai individu luar selain pihak berkuasa yang datang bagi menawarkan pertolongan mencari," katanya ketika ditemui di Kampung Pintu Padang pada Rabu lalu.
Bercerita lanjut, Mohd Fairis berkata, spekulasi berkaitan keberadaan sebenar Acap memang suatu yang hangat diperkatakan termasuk melibatkan perkara mistik.
Menurutnya, tidak kurang 20 bomoh datang ke kampung itu sewaktu SAR dilaksanakan.
"Tidak kira siang atau malam, ada individu datang ke kampung ini memperkenalkan diri mereka sebagai bomoh.
"Bomoh-bomoh mendakwa mereka jumpa Acap di sesuatu lokasi seperti belakang rumah orang kampung, di bawah pokok dan ada juga yang mendakwa tertimbus di dalam tanah.
"Sedikit sebanyak agak menimbulkan perasaan kurang selesa dalam kalangan penduduk kampung kerana tanggapan yang kurang baik di mata orang luar terhadap kampung kami," katanya.
Menurut Mohd Fairis, memang masih ada individu atau kumpulan dari dalam atau luar kampung yang cuba mencari Acap di kawasan Bukit Batu Putih sejak kebelakangan ini.
"Terbaharu sebelum Ramadan tahun ini, ada sekumpulan orang luar yang masuk bagi cuba mencari Acap di kawasan hutan sekitar kampung ini.
"Namun, saya percaya ia lebih kepada kandungan bagi dimuat naik ke media sosial berdasarkan kelengkapan kamera yang dibawa mereka," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... utm_medium=trending
|
|
|
|
|
|
|
| |
|