View: 2378|Reply: 30
|
Gaji 3K, Tunang ‘Demand’ Hantaran 20K, Duduk Kondo Mahal, Lelaki Sedang Fikir Nak Batal Perkahwinan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang lelaki membuat satu pengakuan di Twitter berhubung kekecewaannya terhadap bakal isteri.
Lelaki itu memberitahu bahawa dia kini buntu sama ada mahu meneruskan atau tidak perkahwinan mereka.
Menceritakan mengenai situasi sebenar, lelaki ini menyenaraikan beberapa contoh tingkah laku bakal isteri yang menyebabkan dia meragui ‘masa depan’ mereka.
“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin RM20,000 dan itu belum termasuk kos cincin dan tambahan berkaitan majlis perkahwinan yang dia akan tambah,” katanya.
Selain itu, lelaki ini juga memberitahu dia disuruh untuk meletakkan wang pendahuluan demi sebuah kondominium mereka mahu menyewa.
Lebih memburukkan keadaan apabila menurutnya, tunangnya tidak mempunyai pekerjaan tetap atau stabil.
Tambahnya, wanita itu tidak bercadang untuk mencari pekerjaan baharu dengan alasan sudah bersedia untuk timang cahaya mata.
Menjelaskan situasi kewangan, lelaki itu menyatakan bahawa dia kini hanya berpendapatan RM3,000 sebulan.
Dia cuba berbincang dengan tunangnya jika wanita itu dapat membayar sejumlah RM2,000 untuk deposit kondominium mereka bakal duduki.
“Lepas berkahwin gaji saya RM3,000 saja jadi saya kata kat dia awak bayar RM2,000. Jadi kita gabung jadilah RM5,000.
“Kita kongsilah sama-sama kos sara hidup. Saya seorang tanggung pengsan RM5,000 setiap bulan.
“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluar sejumlah tu. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” jelasnya lagi.
Di akhir luahannya lelaki itu meminta nasihat daripada orang ramai dengan mengatakan bahawa dia lebih rela melarikan diri dan berkahwin dengan gadis dari Thailand.
Rata-rata netizen mencadangkan agar dia meninggalkan tunangnya dan mencari pasangan lain demi kebaikannya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Putus ajolaaa.. aku yg jenis dengo kata pun gado gado dgn laki.. ye laa aku pun Ade nfsu.. inikan plk mintak mcm mcm.. pgsn luu |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh..gila sangat..gaji 3k je kot. Saja eh nak bg syarat puteri gunung ledang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak layak kawin lg dik. Ko keje laa tanggung diri & mak ayah jer dulu. Awek tak guna bersepah ko bleh dpt. Ni belum apa2 dh demand itu ini ikut sedap tekak dia jer |
|
|
|
|
|
|
|
tunang kuat main sosial media ni ..
blah je bro.. dunia org yg obses melampau sosial media ni lain macam.. kau mudah bosan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Putus je la bro. Lain la kalau gaji heolls 3k, tunang 3k. Sama2 gabung utk kos sara hidup. Tu baru la susah sama susah. Ni nak harap laki sorang hempas pulas zaman serba mahal ni. Elok ditempeleng muka tunang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rasa tak bole buat tinggalkan jela buat ape nk tny tny org |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ipar iols baru kawen,bini lak x keje tup2 prgnt.bini ajak duduk kondo, tp tgh kumpul duit nk msuk kondo.i tlg carikan rumah landed fully furnished,kenal sbb kawan,dpt 600 je tp dkt pesisir bandar.dia xnk, nk kondo duduk tgh bandar.keja harapkan grab je pun.dia bongsu, 4 atas menanggung dia.minggu ni pinjam abg,mnggu dpn pnjam kakak, selera bini kemain besar, baju nk butik sesaje,brg2 pn xnk shopee,tp i rasa laki pun xmo brtegas.kalau bertegas dari awal,mesti x kn tny benda2 cmni.ukur la baju bdn sendiri bkn ikut bdn org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kau nak kawin dgn pompuan fefeling anak dato'...rentikan jerlah |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..mcm x wajar kawin je ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn bagi laki u tolong org mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki kan pandang yg cantik je. Yg beshe2 tapi memahami & ada empathy dekat pasangan, kena layan macam kain lap kaki. Dah itu yg dipilih, hadap jela |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya pompuan tu pun xnak ko. Sesaje je. Nak putus cara baik. Agaknya laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 19-4-2023 06:38 AM
Rasanya pompuan tu pun xnak ko. Sesaje je. Nak putus cara baik. Agaknya laa..
Kan uolss i pon rasa begitu |
|
|
|
|
|
|
|
mampu ke tak?
tak mampu? apa susah putus je
byk lagi bunga, ntah elok ke tak bunga ko ni,
ni silap2 mmg dia nak putus dgn ko cuma nak bagi dlm bahasa halus je |
|
|
|
|
|
|
|
buat apa nak menjerat diri sendiri. carilah perempuan lain. jgn sampai pinjam sana sini untuk memuaskan nafsu perempuan begini. byk lagi pepek diluar sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|