View: 492|Reply: 7
|
Tambah Tinggi, Demi Cari Cinta
[Copy link]
|
|
Gara-gara mahu menambah ketinggian, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS), nekad menjalani pembedahan menyakitkan.
Mirror UK melaporkan, ia kerana Moses Gibson tidak selesa dengan ketinggian asalnya iaitu 165.1 sentimeter (sm) hingga mendorongnya mengambil pelbagai ubat-ubatan.
Bagaimanapun, ia tidak berkesan hingga lelaki berusia 41 tahun itu nekad menjalani pembedahan menyakitkan.
Tindakan itu adalah alternatif walaupun ia menyebabkan beberapa tulangnya terpaksa dipatahkan.
Dia kemudian berjaya menambah ketinggian 7.62 sm pada 2016 melalui pembedahan berkenaan.
Namun, baru-baru ini, dia sekali lagi menjalani prosedur sama untuk menambah ketinggiannya dengan menggunakan peranti khas.
Moses membelanjakan AS$165,000 (kira-kira RM726,330) untuk dua pembedahan itu iaitu AS$75,000 (kira-kira RM330,150) untuk kali pertama dan AS$98,000 (kira-kira RM431,396) untuk kali kedua.
Ia dengan harapan dapat mencapai ketinggian sasarannya iaitu 178 sm menjelang Jun ini.
Sebelum ini, Moses bergelut dengan masalah 'ketinggian' dan ia menyebabkan dirinya sering menjadi bahan jenaka.
Kini, pemuda itu berkata, dia menjadi lebih yakin, malah sudah ada teman wanita.
"Ketika sekolah menengah pun saya selalu tak puas hati dengan ketinggian.
"Sejak saya berumur 15 tahun, saya sedar kebanyakan rakan sebaya saya lebih tinggi daripada saya.
"Saya pernah sukakan pakaian dan kasut, tetapi tidak gembira apabila memakainya serta mahu kelihatan lebih baik," katanya.
Bukan setakat itu, Moses pernah membeli ubat dalam talian dengan harapan menjadi lebih tinggi.
"Saya mengambil ubat itu sebelum menyedari ia karut dan terus hentikan pengambilannya," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Tula kecik kecik taknak minum susu |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara di tanah air ramai yang tak puas hati nak lagi panjang. Harap Moses ni tak ada masalah tu lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nnt lepaih kawen, dpt anak2 gen rendang jugakk.. patut bersyukur jahh dgn apa yg hang ada.. abaikan suasana toksik tu haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dia spent tu better carik pempuan asia yg rendang2, carik Jalan nak duduk usa.. |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 16-4-2023 02:14 PM
Duit dia spent tu better carik pempuan asia yg rendang2, carik Jalan nak duduk usa..
Kan .duit byk tp buat benda yg menyakitkan diri sendiri...takut effect di masa hadapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
5 kaki 5 inci takde la rendah mana
cuma rendah sikit je
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 16-4-2023 05:06 AM
5 kaki 5 inci takde la rendah mana
cuma rendah sikit je
Di asia consider normal.. 5'5 memang pendek... Ter utama gurls suka pakai heels mungkin heshe tiada confident... |
|
|
|
|
|
|
| |
|