CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 3

Selepas Lima Hari Dirampas, Kapal Tangki Milik Singapura Ditemui Di Ivory Coast

[Copy link]
Post time 16-4-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Kapal tangki minyak milik Singapura ditemui dan diiring ke pelabuhan Abidjan di Ivory Coast semalam, selepas lima hari dirampas lanun di Teluk Guinea.


Ketua Staf Angkatan Tentera Ivory, Lassina Doumbia, berkata penemuan kapal tangki itu susulan operasi yang dijalankan tentera laut Ivory Coast bersama pesawat tentera laut Perancis.


"Semua anak kapal berada dalam keadaan selamat dan sihat," katanya dalam kenyataan.






Pihak berkuasa pelabuhan Singapura pada Selasa lalu, berkata kapal tangki berkenaan dirampas 'individu tidak dikenali', pada jarak kira-kira 300 batu nautika dari Pantai Gading bersama 20 anak kapal dari pelbagai negara.


Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Teluk Guinea menjadi kawasan tumpuan lanun global sejak beberapa tahun lalu walaupun insiden berkurangan sejak 2021 apabila pihak berkuasa negara itu meningkatkan usaha keselamatan, dibantu kapal tentera laut asing.


Sebelum ini, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan sebuah kapal tangki minyak berdaftar Singapura, SUCCESS 9, dinaiki beberapa individu tidak dikenali.


MPA berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar sharing, 3 pakcik meols zaman muda2 semua jadi sailormen. Katanya kalau kena rsmpas dgn lanun, bagi aje duit yg ada sebab itu yg mereka nak, katanya paling sikit, kapten mesti bawak usd20k. Kot2 kena rompak dek lanun. Itu rate tahun 80an lah. Skrg tak tau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak tau update kapal kontena msia yg ilg aritu. Sonyap je
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 02:25 PM | Show all posts
bukan calang2 punya kes ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047840 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list