CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 13

Kerajaan Sasar Selesai Miskin Tegar Babitkan 130,000 Ketua Keluarga - PM

[Copy link]
Post time 15-4-2023 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan optimis menyelesaikan masalah miskin tegar membabitkan 130,000 ketua keluarga pada tahun ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata seluruh Kabinet dan jentera kerajaan diarahkan menyelesaikan masalah berkenaan.


"Saya bagi keutamaan ialah membasmi kemiskinan, ada sekarang ini 130,000 keluarga miskin tegar yang fakir.






"Saya sudah arahkan seluruh Kabinet (dan) seluruh jentera kerajaan, Tan Sri KSN (Ketua Setiausaha Negara) Mohd Zuki Ali ada tanpa tolak ansur dan berkecuali mesti dan wajib selesaikan masalah kemiskinan tegar tahun ini juga.


"Untuk tujuan pembasmian kemiskinan bagi manfaat rakyat Terengganu, saya buat perkiraan menyeluruh iaitu lebih RM200 juta diperuntukkan untuk negeri termasuk Terengganu dan ini selain daripada langkah-langkah lain diambil," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.


Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mohd Zuki.


Selain itu, Anwar turut menyaksikan penyampaian zakat agensi kepada Tabung Zakat Pelajar UMT dan penyampaian Geran Penyelidikan Kelestarian Pendapatan Universiti Awam melalui Zakat, Wakaf dan Endowment berjumlah RM100,000.


Beliau turut menyampaikan dermasiswa zakat kepada asnaf pelajar UMT berjumlah RM200,000 dan sebanyak 100 bakul Rahmah kepada komuniti.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin tegar memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol cadang ber pil minda.

Aiol urus borang bantuan awal persekolahan. 100% B40 budak2 kelas aiols tu. Yang reti baca arahan, bagi dokumen kasik sah dokumen seperti yang diminta, mak pak 4 orang pelajar ja. Yang lain? Hmmmh. Pehtu dari bulan Febuari ngan lagik sekali bulan Mac borang tu diberi, masih ada 8 students tak hantar. Kawan aiols bilang ko anggap ja deol tolak rezeki.

Borang bantuan pun takleh urus. Padehal mak pak muda2 umo around 30-45 years old.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pulak tak yakin langsung kemiskinan tegar blh dihapuskan. dorang yg miskin tegar ni banyak malas dr miskin sbb takde peluang. tgk je inisiatif pendapatan rakyat tu, rakyat negeri maju gak yg berlumba2 daftar, yg negeri mundur paling rendah. dorang nak duit mudah je disuap tiap2 bulan sambil membewak. keje malasss! bagi joran, pegi jual joran, takdenya dia nak guna buat pancing ikan. pastu mintak lagi bantuan ikan tambahan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
I kesian yg miskin tegar..disebabkan keluarga/penjaga dorang sakit kronik, cacat, tua, patut lebihkan Bantuan utk anak2 mereka, masukkan asrama SBP, guru boleh tolong uruskan a-z. Bab Bantuan duit dll, baitumal perlu tolong mereka dari isi borang sampailah dpt.
Kita ni org awam biasa tolong apa yg mampu Dan ada mase terluang sertai ngo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
setaun nak settle dik non bagi emas berapa kilo satu famili [em:3:]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-4-2023 10:37 PM
Aiol cadang ber pil minda.

Aiol urus borang bantuan awal persekolahan. 100% B40 budak2 kelas aiols  ...

drng malu nak 'amik duit(cukai) t20' la...cikgu.kan aritu t20 marah bebenau..pasai subsidi kt b40 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 16-4-2023 08:44 AM
I kesian yg miskin tegar..disebabkan keluarga/penjaga dorang sakit kronik, cacat, tua, patut lebihka ...

mana ada..ni semua pasai drng pemalas,bewak,pendadeh..dan semua yg buruk di dunia...ini.-acik t20...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu zaman Najib. Semua rakyat kaya rayaaa! Free la Najib!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sembang je ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 16-4-2023 08:44 AM
I kesian yg miskin tegar..disebabkan keluarga/penjaga dorang sakit kronik, cacat, tua, patut lebihka ...

Anak asnaf nak masuk sbp pon susah.... Acaner tuuuu.. Tetaplah anak2x asnaf betol2x ketua keluarga sakit kronik.. Anak2x yatim.. Yatim piatu... xde fast lane untuk ke sbp or mrsm...mara dan sbp ni patut ade link dgn baitulmal baru betol... Boleh access profil budak2x asnaf ni....pastu panggil la budak2x ni interview... Baru la seiring dgn matlamat mara dan sbp...
Tp tidak juga menafikan hak pembayar cukai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh bangnon nk nongkat miskin tegar.
Ada sbb knp miskin tegar menyambung² 3-4 keturunan walau dh di bg tongkat.
Baik fokus kt golongan yg dok byq cukai cm kami ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya yang miskin. Letih nak dgr. Sian pada kerajaan. Lemas perut lah nak asik dgr pasal kemiskinan. Point utama...
Jangan kahwin dan beranak ramai.
Itu ajer. Ini paling sikit empat orang.
Ramai anak anak tak bersekolah sebab parents miskin. Bila anak anak dah remaja dorang lak segan sesama sendiri if still bersekolah menengah. Baju buruk buruk je. Badan kering tak cukup zat. Dah makan nasi lauk ikan kering ikan bilis hari hari. Jangan katakan Garret popcorn nak minum tea live pun tak berduit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa modus operandinya? Rafizi mana? Ke sembang je kencang..dah la rega barang makin kencang sekencang sembang ph...golongan b40 sebok nak buat rumah ke raya2 ni simen murah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.425515 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list