CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 2

Pemandu Berhenti Kerja 24 Jam Lepas Langgar Lari Dua Remaja Perempuan

[Copy link]
Post time 15-4-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai suspek kes langgar lari menyebabkan kematian dua remaja perempuan di Kilometer (KM) 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar pada 29 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, suspek yang berusia 30 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka jam 11.57 malam tadi.


Katanya, soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan ketika sedang membuat pusingan U.






"Akibat kejadian itu, suspek menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan pada 30 Mac lalu, iaitu sehari selepas kejadian.


"Susulan siasatan, sebuah treler 'bulk tanker' jenis Volvo di Kerling, Selangor dirampas oleh pihak polis," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohd Hasni berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terdapat kesan bengkok dan kesan cat yang tertanggal pada penghadang besi sebelah kanan treler.


Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dan suspek ditahan reman sehingga 17 April bagi membantu siasatan.


Justeru beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai yang membantu dan menyalur maklumat sehingga suspek ditangkap.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori.


Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal dikenali sebagai Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, Nur Nabila, 19, meninggal dunia di Hospital Slim River.


Ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Driver babi. Tlg gilis dia pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib dah ditangkap
salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036546 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list