Susulan perkongsian itu, peminat berkongsi rasa gembira apabila kedua-dua aktres itu dilihat mesra dan benar-benar meletakkan sebarang persengketaan di antara mereka sebelum ini sebagai sejarah.
Perjumpaan keluarga itu dipercayai bersempena meraikan ulang tahun kelahiran anak lelaki Fasha dan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli yang ke-10.
Dalam pada itu, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga bekas mentuanya kerana menyambut hari ulang tahun kelahiran anak pertamanya itu.
"Terima kasih atok, Tah (panggilan Raja Noora) dan keluarga. Alhamdulillah, Rayfal sudah berusia 10 tahun," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.
Apa lebih menarik, semua yang hadir turut menggayakan busana sedondon berwarna merah ke acara tersebut.
Sementara itu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz, 36, menerusi komen di Instagram mengucapkan penghargaan kepada Jejai dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas urusan komitmen kerja.
"Terima kasih Rizal dan keluarga. Maaf tak dapat datang. Sibuk berniaga di booth PWTC dan MITEC," katanya.
Sumber: mStar