CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Perlis] 10 tahun penduduk Kubang Tiga derita masalah tekanan air rendah

[Copy link]
Post time 15-4-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

NANTHEKUMAR memeriksa tong simpanan air di hadapan rumahnya di Jalan Padang Tebuan, Kubang Tiga dekat Padang Besar semalam.



PADANG BESAR – Kira-kira 150 penduduk kampung sekitar kawasan Kubang Tiga, Chuping dekat sini meminta pihak berkaitan menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang membelenggu mereka sejak lebih 10 tahun lalu.

Terdapat lebih 50 buah rumah yang terletak di Kampung Padang Tebuan, Kampung Bukit Kerengga dan Kampung Padang Bemban serta sebuah wat yang terkesan akibat masalah tersebut.

Menurut penduduk, Cham Eng, 59, yang tinggal di Kampung Kubang Tiga, masalah air tekanan rendah itu bagaikan tidak berkesudahan walaupun acap kali diadukan kepada pihak berkaitan.

“Masalah ini lebih satu dekad berlaku dan keadaan bertambah buruk sejak tiga tahun lalu terutama apabila tiba musim panas dan kering.

“Pada waktu ini, kami terputus bekalan pada waktu siang dan air hanya ada beberapa jam pada waktu awal pagi hingga pukul 5 pagi hingga 6 pagi,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Chintana Ahthit, 35, berkata, perayaan Songkran yang disambut oleh masyarakat Siam di situ juga terjejas kerana masalah air bertekanan rendah.

“Sambutan Songkran biasanya menggunakan banyak air, namun masalah yang berlaku pada waktu itu menyebabkan bekalan air terhad di Wat Kubang Tiga baru-baru ini.

“Sami memberitahu jika inginkan lebih bekalan, penganjur perlu menulis surat kepada SAP dan ketiadaan air ini mengganggu persiapan sambutan,” katanya.

Dakwanya, dia turut mendengar bahawa pili bomba berdekatan wat itu juga tidak mempunyai air dan amat membimbangkan sekiranya berlaku kebakaran.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, N. Nanthekumar, 58, berkata, masalah air tekanan rendah dan tidak bersih dialaminya sejak 15 tahun lalu ketika Baru berpindah dari Kangar ke Kubang Tiga.

Dia yang mempunyai dua anak lelaki dan salah seorang­nya orang kelainan upaya selain turut menjaga ibunya yang berusia 80-an mengakui me­ngalami kesukaran dan terpaksa menyediakan beberapa tong air sendiri sebagai simpanan sejak lebih 10 tahun lalu.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... tekanan-air-rendah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068673 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list