View: 755|Reply: 13
|
Wanita Menangis Atas Jambatan Berjaya Dipujuk Orang Awam
[Copy link]
|
|
Tindakan pantas orang awam berjaya memujuk seorang wanita dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2, Putrajaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan itu dalam keadaan menangis dan mencurigakan, semalam.
"Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita itu ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.
"Hasil siasatan dilakukan mendapati wanita berkenaan yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan itu kira-kira 11 pagi, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Asmadi berkata, orang awam yang melalui jambatan itu dikatakan melihat wanita berkenaan dalam keadaan menangis jam 11.40 pagi, sebelum berjaya memujuknya.
"Soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengalami tekanan perasaan kerana keputusan mahkamah ke atas satu kes tuntutan sivil tidak berpihak kepadanya.
"Wanita itu dikehendaki membayar sejumlah wang ekoran keputusan itu," katanya.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati tujuan wanita berkenaan berada di jambatan itu bukan berniat untuk membunuh diri.
"Difahamkan, dia hanya mahu menenangkan perasaan akibat tertekan kerana keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya.
" ihak keluarga wanita itu dipanggil untuk membantu siasatan dan dia sudah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan melulu.
"Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, boleh hubungi talian 03-88862222/2145," katanya.
Sumber: HARIAN METRO
|
|
|
|
|
|
|
|
Naikkan signboard dekat tepi2 jambatan tu
"Dilarang Meratib Hiba/ Menangis Berlebihan Disini" |
|
|
|
|
|
|
|
Kenderaan berat ikut kiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana satu pompuan tu yg baju kaler purple mauve tu ke?
Kot ye nk meratap pi la mesjid besi tu ke apa duk atas jambatan mmg la org akan speku yg bukan2 sis.
Malam2 akhir ni sis amik kesempatan wat tahajud dan doalah sungguh2 naaaa.
Semoga sis dapat berdamai ngn takdir dan beroleh ketenangan di dunia dan di akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti laki dia yang punya pasal ni... Dah takda sbb lain dah |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi: Mana satu pompuan tu yg baju k ...
Setuju...kalau nak sangat cakap dengan Tuhan, nak meratap, pegu bersujud. Bukannya nak terjun jambatan.
Masuk ni dah berapa ppuan hampir nak terjun jambatan. Semuanya Melayu Muslim lak tu. Sis yang tak berapa beriman pun, at least sebelum nak mati dek org yg tak peduli kita, bersujud dlu. |
|
|
|
|
|
|
|
pekanwoohoo replied at 15-4-2023 01:18 AM
Kenderaan berat ikut kiri.
Jenis ni i tolak je |
|
|
|
|
|
|
|
Hrpnya suri rumah ni ada kwn baik...dah lebih 40 thn hidup ni i rasa utk reduce strress dan mental health healthy perlukan ada sahabat yg baik...satu yg mendengar masalah dan bg solution...satu yg ajak kita happy hours..satu yg tlg dlm urusan keje etc..of course dlm bersahabat kn ada timbal blk dan tolak ansur...sbb tu i biasa akan beralah dr segi cuti dan keje masa cuti utk sahabat2ku yg telah berfamili....nanti ada je rezeki Tuhan bg btk lain..yg penting x berkira sgt |
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasaje replied at 15-4-2023 05:32 PM
Setuju...kalau nak sangat cakap dengan Tuhan, nak meratap, pegu bersujud. Bukannya nak terjun jamb ...
buat apa mengadu kat jambatan tu...
mula kan lah hidup baru..
easy to say tapi apa je option yg kau ada... |
|
|
|
|
|
|
|
jambatan presint 2 ni famous betul dgn kes2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. mesti stress sangat sebab katanya kena bayar sejumlah wang atas kes yg dia kalah tu. ntah2 amount besar. surirumah, tak tau nak cari duit kat mana lagi agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
korang ni pung.....spiderman pung 'cakap'...setiap drp dia 3 orng tu...memasing ada tempat tuk menenangkan diri...bg la acik ni tenangkan diri dia kt situ..biar dia tenang nengok air tu mengalir(kot). |
|
|
|
|
|
|
| |
|