CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1624|Reply: 7

Atikah Suhaime Kena Minum 2 Cawan Kopi, Ambil Inspirasi Dari Marilyn Monroe Untuk Hidupkan Watak

[Copy link]
Post time 14-4-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Memerlukan banyak tenaga untuk melakonkan watak Sharifah Azreen dalam drama popular Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah, Atikah Suhaime perlu meminum dua cawan kopi.


Jelas Atikah, hal itu disebabkan tenaga luar biasa watak terbabit yang perlu disalurkan dalam setiap babak lakonannya.




IG




"Demi nak keep up dengan tenaga Azreen ni saya harus minum dua cawan kopi setiap kali nak berlakon jadi dia (Azreen).


"Tapi sejujurnya, saya seronok dapat lakonkan watak Azreen ini. Azreen seorang yang muda dan banyak tenaga. Saya pula sejenis orang yang introvert jadi bila nak bawa watak Azreen, saya kena extrovert dan vavavoom.


"Azreen seorang yang jenis main cakap je. Very extra dan over. Melakonkan watak ini, saya perlukan banyak tenaga untuk setiap adegan," kongsi Atikah.

Mengulas lebih lanjut tentang watak Azreen, kata Atikah dalam Andai Itu Takdirnya wanita terbabit sangat obses cintakan Azril.


"Dia terlampau cinta Azril sampai dia buta mana yang baik mana yang salah. Ada beberapa adegan yang orang tak akan sangka Azreen akan buat macam tu.


"Di sebalik senyuman ceria Azreen, pasti ada sesuatu plan yang difikirkan. Dia seorang yang unpredictable. Kadang-kadang baca skrip pun saya akan terfikir sendiri 'apa yang ada dalam fikiran Azreen ni?'," tambahnya.


Uniknya lagi tentang watak Azreen kata Atikah dia mengambil inspirasi daripada karakter popular Hollywood, Marilyn Monroe.




  



  



"Azreen ada charm dan dia seorang yang classy. Saya ambil inspirasi dari Marilyn Monroe untuk hidupkan watak Azreen.


"Selain itu, ada a few elemen kelakar yang ada pada watak itu juga," ujarnya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 04:48 PM | Show all posts
jauh nau isnpirasi kau.... btw marilyn tak date cucu jutawan sabun & ubat gigi... sheols president terus.... hihihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa dia ada ke dlm citer ni
xlayan citer tp kalau dia ada nak gak tgk haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi suka tengok dia jadik qalisya dalam pengantin musim salju.. Dlm tu dia mmg gedik n cantik sgt.. Dalam Andai itu takdirnya dia nmpk pelik
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 14-4-2023 06:21 PM
laaa dia ada ke dlm citer ni
xlayan citer tp kalau dia ada nak gak tgk haha

Rasa dia baru masuk je.. Episode sekarang ni adaptasi novel ke 2 rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Missjass replied at 15-4-2023 06:06 AM
Rasa dia baru masuk je.. Episode sekarang ni adaptasi novel ke 2 rasanya

ye ke ok thanks
terkejut tiber tau dia ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa sekarang musim artis buat rambut macam ahso

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Missjass replied at 15-4-2023 06:06 AM
Rasa dia baru masuk je.. Episode sekarang ni adaptasi novel ke 2 rasanya

thanks tolong jawab, dah agak dah ni masuk buku 2 tapi sebab iols tak tengok drama ni so tak sure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.457783 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list