View: 234|Reply: 0
|
UCL: Dua gol Inter benam aura Da Luz
[Copy link]
|
|
LUKAKU berjaya meledak gol kedua Inter untuk mereka pulang dengan bekalan selesa menjelang aksi kedua di San Siro. – AFP
UCL: Dua gol Inter benam aura Da Luz
LISBON – Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi akhirnya dapat menarik nafas lega apabila barisan pemain kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Benfica 2-0 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Pada perlawanan di Stadium Da Luz itu, Inter yang gagal merekodkan sebarang kemenangan pada empat aksi terakhir domestik berjaya meraih gol hasil jaringan Nicolo Barella dan Romelu Lukaku untuk meletakkan Nerazzurri selangkah ke separuh akhir.
Kata Simeone, semua pemain wajar diberikan pujian kerana memberikan seratus peratus di atas padang tanpa memberikan sebarang ruang buat pasukan tuan rumah untuk mendapatkan gol sagu hati.
“Ini adalah perlawanan yang mana pasukan kami cukup bekerja keras sepanjang 90 minit untuk berikan yang terbaik dalam usaha kembali berada di landasan kemenangan. Keputusan yang diraih agak selesa, tetapi masih ada 90 minit yang perlu ditempuh.
“Saya harap momentum dapat diteruskan bagi memastikan misi pasukan untuk mara ke peringkat separuh akhir dapat menjadi kenyataan tetapi segalanya akan ditentukan pada perlawanan di San Siro nanti,” katanya.
Sementara itu, perancang tengah Inter, Henrikh Mkhitaryan menganggap apa yang ditampilkan oleh rakan-rakan sepasukan adalah 90 minit terbaik tahun ini dan berharap rentak cemerlang dapat diteruskan pada aksi Serie A nanti.
“Kita layak untuk menang dan ini adalah perlawanan terbaik yang diharungi tahun ini. Saya pasti pemain akan berikan yang termampu untuk mara ke peringkat separuh akhir tetapi fokus perlu diberikan pada aksi Serie A pada Sabtu ini terlebih dahulu,” katanya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -benam-aura-da-luz/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|