|
Sri Pahang berhati-hati bertandang ke Selangor FC
SENTUHAN penyudah Sherman (tengah) ditagih Sri Pahang untuk mengatasi Selangor FC di Stadium MBPJ, Sabtu ini. FOTO SRI PAHANG FC
Kuantan: Sri Pahang FC melakukan persediaan lebih rapi menjelang pertemuan dengan Selangor FC pada pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini.
Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, langkah itu berdasarkan prestasi semasa Red Giants yang semakin menunjukkan peningkatan terutama di posisi serangan.
"Sri Pahang membuat persediaan terbaik memandangkan prestasi Selangor sedang meningkat dan memerlukan kami lebih bersedia.
"Jentera serangan Selangor semakin bagus ketika Sri Pahang masih belum mantap di bahagian serangan.
"Kami belum mendapat sentuhan dan persefahaman mantap menerusi gandingan Kpah Sherman dan Lucas Silva.
"Namun, saya harap mereka dapat beraksi dan bergandingan lebih bagus untuk membolosi gawang tuan rumah," kata legenda bola sepak Singapura itu.
Menjelang aksi piala berprestij itu, Fandi mengesahkan kapten pasukan, Sergio Aguero belum pulih daripada kecederaan, begitu juga dengan pemain import, Kevin Ingreso.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dang-ke-selangor-fc
|
|