CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3570|Reply: 35

Terlampau Risau Kontrak Pembayaran Royalti Ditamatkan- Sazali P Ramlee Tak Berdaya, Tak Boleh Kerja, Isteri Pun Sakit

[Copy link]
Post time 13-4-2023 10:26 PM | Show all posts |Read mode
"Harapnya kerajaan dapat memaklumkan keputusan dicapai berhubung tambahan tempoh kontrak pembayaran royalti yang dimohon atas karya seni arwah bapa saya sebelum Ogos depan," kata anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64.


Tarikh 29 Mei depan adalah tarikh royalti P Ramlee akan tamat tempoh selepas 50 tahun pemergiannya sebagaimana mengikut kontrak perjanjian yang diurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).




Foto: Harian Metro




"Bayaran royalti daripada MACP itu saya dapat sekali dalam setahun dan pada Ogos depan adalah kali terakhir ia (bayaran) akan diterima. Sekiranya kerajaan masih belum ada keputusan untuk melanjutkan kontrak tambahan tempoh royalti dimohon, maka tamatlah semuanya.


"Mulai tahun 2024 nanti, saya tidak lagi mendapat bayaran royalti dan ia membebankan kehidupan saya dan isteri, Hamidah Hitam yang mempunyai masalah kesihatan. Selama ini, dengan wang royalti diterima yang membantu kami berdua menguruskan kehidupan.


"Ini kerana, bayaran royalti itu menjadi kegunaan saya dan isteri, mendapatkan rawatan doktor pakar dan pemeriksaan kesihatan berkala di hospital di Cheras, selain untuk kos sara hidup kami. Maklumlah, kami berdua sudah tua dan masing-masing tidak sihat pula.


"Jadi, kalau wang royalti sudah tidak dapat lagi, memang menjejaskan kami kerana pergantungan punca rezeki sudah tiada. Saya pun tak boleh bekerja lagi selepas mengalami kemalangan pada 2015 lalu," katanya kepada Harian Metro.


Sazali berkata, bagi bayaran royalti tahun lalu dia mendapat RM17,000 daripada MACP dan jumlah itu sudah jauh berkurangan daripada pernah diperoleh sebelum Covid-19 menyerang sejak 2020 lalu dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan luahan hati Sazali yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini akan tamat tidak lama lagi.


Pada 29 Mei depan, genap 50 tahun P Ramlee meninggal dunia akibat sakit jantung, meninggalkan peminatnya dengan legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.


Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.


Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.


Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan MACP sebagai badan pengutip royalti berdaftar itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohonlah zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama yer royalti tu dapat sara hidup anak2.
Anak pun dh usia pencen. Anak2 dia takde ke yg menurun bakat pramlee?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ramlee kalau masa hidupnya diikutkan tak meminta-minta. sedih penghujung hidup dia duit pun takde. hmm sayang seniman agung bakat tak menurun, kemiskinan pula diwarisi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apply zakat, blh tampung skit kos
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 05:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu muda..
Tgh sehat..
Mmg semata² hadap royalti tu saja ka utk idup?
Lgsung tadak guna tulang 4 kerat?
Xpernah maklum royalti tu ada jangka hayat ka?
No plan B?
Or bila royalti tamat nk merayu² sambung jugak sampai 10keturunan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2023 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 14-4-2023 05:01 AM
Waktu muda..
Tgh sehat..
Mmg semata² hadap royalti tu saja ka utk idup?

ada je dia keje..alam flora jadi tukang sapu..ok la tu, bukannya dia goyang kaki pun dari muda..cuma dah tua2 x bleh keje dah, dah tentu2 la duit pun susah nak cari..keje swasta plak tu masa muda..mana nak ada pencen..takyah kata kat sazali ni la, alangkan pilot dlm family asben iols pun pening kepala lepas bersara, tu yg epf million2..inikan pula pakcik sazali..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa x perlu pun kita nak dengki2 dgn org dpt royalti ni..bukannya kena potong dlm slip gaji kita pun..biar je la kalu selagi dia bleh dpt..cina2 yg guna khidmat P Ramlee utk mengkayakan diorg pun, smpi skrg kaya raya..dari dulu cina2 shaw brothers ni siap kekwat ngan kerajaan malaysia bab filem2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 14-4-2023 05:20 AM
ada je dia keje..alam flora jadi tukang sapu..ok la tu, bukannya dia goyang kaki pun dari muda..cu ...

Tq atas pencerahan.
Iols igt yg keja alam flora si nasir.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 09:31 AM | Show all posts
Lampuled replied at 14-4-2023 01:34 AM
Lama yer royalti tu dapat sara hidup anak2.
Anak pun dh usia pencen. Anak2 dia takde ke yg menurun b ...
Mohd Nasir: Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008), Arfan: Anak kandung bersama Junaidah (1955-1998), Sazali P. Ramlee: Anak angkat (lahir 1958), Abdul Rahman: Anak tiri (anak Junaidah), Norma: Anak tiri (anak Noorizan), Armali: Anak tiri (anak Saloma dan A.R. Tompel), Betty: Anak angkat, Zakiah @ Zazaloma: Anak angkat (lahir 1963), Sabaruddin @ Badin: Anak angkat (1965-2007), paling bongsu, Salfarina @ Dian P. Ramlee: Anak angkat (keturunan Cina) juga merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia.

Anak kandung bebetul kandung arwah Nasir P.Ramlee je, bapa si Najua P.Ramlee (kahwin dengan Rashidah Jaafar), dan arwah Arfan je.
Arwah Nasir ni seniman hebat jugak, kerja di RTM musician, pengarah, penyanyi & manager kumpulan Panca Sitara (arwah Nasir P.Ramlee, Aziz Satar, Normadiah, Aziz Jaafar, dan Ahmad Daud).

Yang lain-lain semua anak tiri, anak angkat & anak saudara je, termasuk si Sazali kesayangan daddy ni.
Sazali tak nak sekolah, then dia takde kelulusan, last kerja Alam Flora...sampai dia sakit ni. Hidup memang hadap royalti ni je lah walaupun sebenarnya tak layak pun kalau ikut pusaka, tapi ihsan si Najua tu uruskan lepas bapa dia (Nasir) meninggal...anak angkat lain takde yang claim sebab mostly bekerjaya sendiri sebab sekolah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 09:34 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 14-4-2023 05:01 AM
Waktu muda..
Tgh sehat..
Mmg semata² hadap royalti tu saja ka utk idup?

dia bekerja ja dulu, tukang sapu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 10:01 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 14-4-2023 09:31 AM
Anak kandung bebetul kandung arwah Nasir P.Ramlee je, bapa si Najua P.Ramlee (kahwin dengan Rashi ...

sebijik macam cerita anakku sazali kan
sabo jela.
nasib setiap orang tak sama
harap dipermudahkan urusan pakcik sazali ni
itu pentingnya edukesyennn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak angkat yg muka sebijik p ramlee.. mungkin dia terikut gen p ramlee kot.. wallahualam.. ada je anak angkat muka mcm mak pak angkat depa
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 10:10 AM | Show all posts
kata lebey2 kang nasib kita sendiri pun tatau camana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 14-4-2023 05:26 AM
Tq atas pencerahan.
Iols igt yg keja alam flora si nasir.

Sama-sama..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh la kalau mengharap bantuan sepanjang hidup just because bapak legenda. Royalti tu royalti la tp usaha utk hidup selesa tu patut buat dr zaman muda lg. royalti tu patut dia anggap added advantage bukan punca pendapatan semata2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 14-4-2023 05:25 AM
I rasa x perlu pun kita nak dengki2 dgn org dpt royalti ni..bukannya kena potong dlm slip gaji kita  ...

Aku bagi kau 10 bintang untuk respon ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:07 PM | Show all posts
nak cakap tapi bulan pose..iollss remained silent jela sbab x tau hari tua iollss sok2 jadi jutawan ke jadi model lingerie VS..agithcuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 07:44 AM | Show all posts
dugaan hidup masing2....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 14-4-2023 05:01 AM
Waktu muda..
Tgh sehat..
Mmg semata² hadap royalti tu saja ka utk idup?

X silap sazeli ni jd tukang sapu sampah je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.203337 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list