CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 1

Logam Berselerak Atas Jalan, Enjin Bas Sekolah Tercicir Semasa Bawa Pelajar

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:31 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA – Sebuah bas sekolah yang membawa pelajar pulang ke rumah kehilangan sebahagian enjinnya.


Mothership melaporkan, akhbar Shin Min Daily News (SMDN) melaporkan, insiden yang jarang berlaku itu terjadi di jalan Redhill Road dekat Pusat Makanan Redhill.


Seorang wanita berusia 60 tahun bernama Lin yang memaklumkan kemalangan itu kepada SMDN berkata, dia melihat seketul enjin tercicir dari bas sekolah tersebut.




Foto: Mothership




Menurut gambar yang diberikannya kepada SMDN, terdapat banyak bahagian logam berselerak di sepanjang jalan.


Katanya, terdapat kira-kira 20 pelajar  sekolah di dalam bas itu  dan mereka terpaksa dipindahkan ke laluan pejalan kaki berhampiran.


Terdapat juga empat orang dewasa menemani kumpulan pelajar terbabit sementara mereka menunggu pengangkutan alternatif.




Ketika wartawan SMDN bergegas ke tempat kejadian, polis tiba untuk melencongkan lalu lintas, manakala sebuah trak tunda bersiap sedia untuk menunda bas tersebut.


Menurut sumber SMDN, bas sekolah itu baru bertolak dari sekolah Gan Eng Seng yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian.


Pemandu bas  yang enggan namanya disiarkan, memberitahu wartawan bahawa dia berasa  ada sesuatu yang tidak kena apabila mendengar bunyi yang kuat.  Dia pun segera memberhentikan basnya.


Apabila menyedari apa yang berlaku, dia meminta bantuan syarikat bas berhampiran dan membuat persiapan membawa pulang  pelajar menggunakan bas lain.


Pemandu itu berkata,  bas itu miliknya dan ia adalah kali pertama dia menghadapi situasi sedemikian.


Dia juga mendakwa bahawa bas itu baru keluar dari bengkel pada  pagi hari kejadian kerana dia telah meminta mekanik memeriksa bahagian belakang bas berkenaan. Bengkel itu juga menukar beberapa komponen.


Menurutnya, dia sedang mempertimbangkan sama ada  akan melupuskan bas itu atau membeli bas  baharu. Bas berkenaan berusia kira-kira 12 tahun.


“Saya perlu menyewa bas lain buat sementara itu,” tambahnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Transformer yg nak obsolete memang camtu.
Nak bertransform jer, macam² komponen jatuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list