CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 6

Artis Jangan Berlagak Diva Di Set Kalau Tak Nak Kena Boikot - Penerbit

[Copy link]
Post time 13-4-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dinasihatkan supaya tidak berlagak 'diva' di set penggambaran.


Selain itu, penerbit Jaja Ishak juga menyarankan mereka bergaul dengan tenaga kerja lain kerana ia secara tidak langsung mempengaruhi reaksi kru terlibat termasuk gandingan pelakon lain untuk bekerja dengan artis berkenaan.




Majoriti




"Saya mengamalkan konsep mudah iaitu jika artis itu memberikan kerjasama baik, insya-ALLAH hal itu akan memudahkan lagi untuk berkerja bersama pada masa akan datang.


"Kalau artis terbabit mula menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan seperti meletakkan harga terlalu tinggi atau tidak bergaul baik dengan kru dalam kata mudah 'tidak bermasyarakat', mungkin itu akan menjadi kali terakhir saya mengambil dia berlakon," jelasnya.


Jaja yang ditemui di majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara turut memberitahu, dia terbuka menerima selebriti yang terkait dengan kes mahkamah.


"Saya setuju untuk boikot artis bermasalah, tetapi jika perkara itu melibatkan soal peribadi, saya tidak berani masuk campur.


"Konsep saya mudah iaitu ingin bekerja dalam keadaan tenang, dan senang. Hujung-hujung semua pihak puas hati dan tidak bermasam muka.


"Bagaimanapun, keputusan pemilihan pelakon itu tetap bergantung kepada stesen televisyen sama ada membenarkan penglibatan mereka atau tidak. Jika saya, sejujurnya tiada masalah selagi artis itu tidak 'buat' masalah dengan kru produksi," katanya.


Pemilik rumah produksi Jaja Ishak Channel itu sebelum ini menerbitkan beberapa karya antaranya telefilem Cucu Wan, Bosskid, Syura Nur Muhammad dan Cikgu Nerd.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 06:04 PM | Show all posts
kalau penerbit yg berlagak diva?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kerlas pakcik punya nama produksi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni teringat sohai. Geng jalan2 gi Cameron.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 08:33 PM | Show all posts
Baju pink tu ka jaja nya. Ka shuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 09:38 AM | Show all posts
kekadang penerbit ponen & pompuan kaki anak ikan pun rengsek jugak buat hal ngan pelakon, lepas tu cop pelakon problem.... dioarang datang nak kerja, bukan nak jadi kekawan or anak adik beradik angkat kau satu produksi pun... be professional la selagi diorang berlakon bagus, off camera biarlah diorang nak me time ke, nak asingkan diri ke, pelakon A list Hollywood pun lepas berlakon diorang masuk treler diorang, rest, tido ke  main ke...kuasekkk nak lepak2 sangat... biasa peponen je sentap bila pelakon tak mingle around, buat video ngan diorang...acah-acah terpaling rapat ngan artis...yihh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2023 10:42 AM | Show all posts
ingatkan si sape yg cureng sampai kena boikot tu....ala ingat nama bini dia sera...ke sape nm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.325962 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list