View: 528|Reply: 8
|
Abang Maut Ditikam Remaja Kerana Marah Beli Sepaket Mi Segera Saja Untuk Berbuka
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Indonesia, maut ditikam adik lelakinya dalam kejadian di daerah Lalan, Sumatera Selatan, pada 8 April lalu.
Sebelum itu, remaja berusia 15 tahun itu membeli sebungkus mi segera dari kedai berhampiran untuk berbuka puasa.
Gambar hiasan
Ketua Polis Lalan, Hasurungan Hutajulu berkata, abangnya yang berusia 27 tahun itu berang apabila mengetahui remaja itu hanya membeli satu paket mi segera sahaja.
"Akibatnya, abangnya menampar dan memicit pipi mangsa kerana marah.
"Suspek ketika itu menghiris bawang dan kangkung dengan pisau di dapur dan dia secara spontan menikam perut mangsa," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.
Katanya, ahli keluarga segera membawa mangsa yang cedera ke klinik berhampiran, namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Berikutan kejadian, polis menahan suspek dan merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Kampung Karang Agung Aripin memberitahu Tribunnews, adik-beradik itu diketahui tidak mempunyai sebarang masalah, malah remaja lelaki itu dikenali sebagai seorang yang pendiam.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk abg yg kena tikam bila baca adik yg kena tikam |
|
|
|
|
|
|
|
betullah tu, abang yg kena tikam. cuba baca balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
bak kata pepatah, jangan bergaduh dengan orang yang pegang pisau |
|
|
|
|
|
|
|
FlexyFox replied at 13-4-2023 07:02 PM
betullah tu, abang yg kena tikam. cuba baca balik.
Haha aku salah baca maklumla lapar puasa done backup diri wkwkwkwk |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha... Selamat berpuasa. Pergi tidur lah...rehat minda
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli 1 paket memang x cukup nak makan berdua |
|
|
|
|
|
|
|
Akibatnya, abangnya menampar dan memicit pipi mangsa kerana marah
teringat abang Iols
dia kalau gaduh, time nak lepuk, dia tampor, bunyi je lebih. tapi tak sakit pun. pastu tarik pipi, tarik kain
Iols punya la stress sampai nangis-nangis, hatta waktu tu umo 17 tahun dah besor panjang. dah tua ni, baru sedar, tu cara dia bergurau dan tunjuk sayang
tapi iye la, waktu umo 15 tahun, Iols hormon tak stabil, remaja
dia buat camtu pun Iols rasa nak tikam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esbok at 14-4-2023 09:17 AM
mula cerita, macam adik salah, tengah cerita, macam abang salah, hujung cerita adik salah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|