View: 760|Reply: 3
|
Penumpang Seram Tengok Pesawat Bertampal! "Patut Risau Ke Tak?"
[Copy link]
|
|
Tular ciapan seorang pengguna Twitter yang membangkitkan kebimbangan ramai apabila menunjukkan sebuah pesawat dipenuhi dengan pita pelekat di bahagian sayap.
Menerusi gambar berkenaan, dapat dilihat pelekat berwarna kelabu memenuhi bahagian sayap kapal terbang tersebut.
Ramai warga maya berteka-teki dan cuba mencari jawapan kepada persoalan sama ada pesawat yang dinaiki lelaki itu dalam bahaya?
Bagaimanapun seorang warga maya tampil dengan penjelasan ilmiah menyatakan pita pelekat yang digunakan pada pesawat itu direka bentuk khas untuk berada dalam keadaan ekstrem.
"Ini high speed tape. Sepatutnya tidak ada apa-apa masalah. Cuma akan digunakan selama beberapa flight cycle. Penyelenggaraan sementara waktu, selepas itu wajib ada permanent solution.
"Bukan pelekat biasa-biasa. Pelekat ini diperbuat dari aluminium, mengikut piawaian penyelenggaraan aviation dan airworthiness.
"High speed tape ini akan digunakan kalau badan pesawat ada calar yang tidak terlampau dalam atau ada cat terkopek, bertujuan untuk mengekalkan kelancaran aerodinamik," kata warga maya itu.
Individu itu juga seterusnya berkata, calar pada badan pesawat perlu ditutup dengan kadar segera kerana jika dibiarkan terdedah kepada elemen alam ia akan menyebabkan karat dan membawa kepada masalah lebih besar.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa abg masih kerja ground staff MAS, biasa nmpk tape ni.. mmg utk heavy duty.. boleh tampal periuk bocor jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
It not normal… but in asia anything could be. Normally not for passengers.. and flew only for maintenance.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam oil and gas memang dorang guna teknologi serupa untuk temporary repair pipeline yang bocor. Balut macam jari luka. Boleh tahan ultra high pressure. OK lah sebab tak melibatkan public perception.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|