|
Ahli perniagaan Finland, Thomas Zilliacus.
LONDON: Ahli perniagaan Finland, Thomas Zilliacus menarik diri daripada membida Manchester United dengan memberi alasan, kelewatan proses jualan menyukarkan pemilik baharu untuk membina sebuah pasukan juara.
Pemilik United dari Amerika Syarikat iaitu keluarga Glazer mengumumkan proses juara rasmi pada penghujung tahun lalu dengan beberapa bidaan diterima pada Februari dan Mac.
"Saya mengenepikan penyertaan pada pusingan bidaan ketiga untuk United," kata Zilliacus di laman media sosial.
"Kelewatan akan menyukarkan mana-mana pemilik baharu untuk membina pasukan juara bagi musim depan."
Zilliacus adalah antara pembinda termasuk jutawan British selaku pengasas pengeluar bahan kima INEOS Jim Ratcliffe dan anak kepada bekas perdana menteri Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani.
Laman berita industri sukan, Sportivo pada minggu ini melaporkan yang Manchester United mungkin akan menerima bidaan pusingan ketiga daripada bakal pembeli, hujung bulan ini.
Menurut Deloitte, United adalah kelab bola sepak keempat terkaya dalam dunia. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... medium=terkinitabhp |
|