CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

F1: Vettel banyak bantu Aston Martin

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode

JENTERA AMR23 musim ini berjaya menemui pelarasan terbaik sehingga menyaksikan Alonso menikmati tiga kemenangan podium. – AFP


LONDON – Prinsipal Aston Martin, Mike Krack mengakui pasukannya terhutang budi kepada pelumba musim lepas yang juga bekas juara dunia empat kali, Sebastian Vettel yang membantu meningkatkan kualiti jentera AMR23 tahun ini.

Sebagai rekod, Vettel telah mengambil keputusan untuk bersara pada penghujung musim lepas dengan posisinya diganti oleh pelumba veteran yang juga bekas juara dunia dua kali, Fernando Alonso.

Prestasi yang dipamerkan oleh Alonso sewaktu memandu jentera AMR23 cukup positif selepas meraih tiga kedudukan podium berturut-turut pada tiga perlumbaan awal musim ini.

Menurut Krack, wajar buat barisan teknikal memberikan merit kepada Vettel kerana bekas pelumba profesional dari Jerman itu cukup kritikal dalam memberikan idea baharu bagi mening­katkan keupayaan jentera.

“Saya rasa apa yang ada dalam jentera AMR23 musim ini merupakan sebahagian daripada idea Vettel. Kita telah melakukan banyak perbincangan sepanjang musim lepas dan dia sentiasa memberikan pendapat positif dalam usaha mengurangkan kelemahan jentera,” katanya.

Mengulas lanjut, Krack turut mengakui sedikit ralat apabila Vettel bersara terlalu awal memandangkan usianya baru mencecah 36 tahun sebaliknya Alonso yang berumur 42 tahun masih mampu beraksi.

“Secara jujur, saya rasa Vettel bersara terlalu awal daripada sepatutnya dan situasi itu agak mengecewakan kami.

“Namun, pasukan kini cukup gembira apabila mendapatkan pelumba berpengalaman se­perti Alonso yang yang menunjukkan contoh yang baik sepanjang musim,” katanya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... bantu-aston-martin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.087890 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list