|
Penyerang Bayern Munich, Sadio Mane dan Leroy Sane.
BERLIN: Penyerang Bayern Munich, Sadio Mane dan Leroy Sane dilaporkan terbabit dengan insiden pergaduhan dalam bilik persalinan selepas kecundang 3-0 di tangan Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Menurut media Jerman dan beberapa sumber lain, kedua-dua pemain itu bertengkar selepas perlawanan sehingga perlu dileraikan oleh rakan sepasukan.
Media Bild melaporkan yang bekas pemain sayap City, Sane dipukul di bahagian muka oleh pemain antarabangsa Senegal itu mengalami luka di bibirnya.
Bayern dalam pada itu enggan memberikan sebarang komen mengenai pergaduhan berkenaan.
Bild melaporkan pertelingkahan itu bermula ketika masih dalam perlawanan lagi dan terdapat rakaman mengenai pertengkaran berkenaan.
Kekalahan itu adalah yang terbesar buat Bayern dalam saingan Liga Juara-Juara sejak 2017.
Juara Eropah enam kali itu kini berdepan harapan tipis untuk memperbaiki defisit dimiliki pada aksi kedua suku akhir nanti. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... /mane-sane-bergaduh |
|
|
|
|
|
|
| |
|