CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Sabah] Wujudkan pusat latihan kemahiran minyak dan gas di Sipitang: Matbali

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2023 12:43 PM



MATBALI MUSAH

KOTA KINABALU: Sebuah pusat latihan kemahiran minyak dan gas perlu diwujudkan di Sipitang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih dalam pelbagai bidang termasuk industri minyak dan gas itu sendiri.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah (gambar) berkata, kewujudan pusat latihan kemahiran tersebut penting kerana ia mampu menyediakan tenaga kerja terlatih yang diperlukan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Usaha itu juga katanya, akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan terutama anak-anak muda dalam aspek pekerjaan yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Sipitang.

"Terbaru Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) telah menjalin kerjasama dengan Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. (ESTEEL) dengan nilai pelaburan hampir RM20 bilion.

"Ini menunjukkan pembangunan rancak di SOGIP, maka adalah wajar dan tiba masanya sebuah pusat latihan kemahiran minyak dan gas termasuk juga pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diwujudkan di Sipitang bagi memberi peluang kepada anak tempatan mengisi pekerjaan di taman perindustrian itu.

"Kewujudan pusat-pusat latihan di Sipitang juga dapat mengurangkan kebergantungan tenaga kerja terlatih dari luar Sabah yang secara tidak langsung turut melindungi kepentingan anak tempatan dalam sektor berkenaan, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan dekat sini pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Matbali mahu pusat latihan kemahiran minyak dan gas di Sipitang diwujudkan segera kerana dijangka banyak lagi pelaburan di SOGIP akan menyusul memandangkan taman perindustrian itu bakal menjadi penanda aras baru dalam pembangunan perindustrian di Sabah.

Justeru beliau berharap perkara itu tidak dilengah-lengahkan kerana ia bukan sahaja berupaya menjamin permintaan tenaga kerja di taman perindustrian itu malah mengurangkan penghijrahan anak tempatan serta kadar pengangguran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055691 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list