CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 1

Sepasang Kasut Milik Michael Jordan Dilelong RM9.71 Juta

[Copy link]
Post time 12-4-2023 06:30 PM | Show all posts |Read mode
New York: Sepasang kasut yang dipakai bintang NBA, Michael Jordan dilelong pada harga AS$2.2 juta (kira-kira RM9.71 juta) pada Selasa, sekali gus mencatat rekod lelongan untuk kasut sukan yang dipakai ketika perlawanan.


Pemain bola keranjang itu memakai 'Bred' Air Jordan 13s semasa Perlawanan 2 Pusingan Akhir NBA 1998, ketika memburu kejuaraan NBA keenam dan terakhirnya.


Jualan dalam talian mengukuhkan kedudukan Jordan sebagai atlet paling berharga di lelongan pakaian sukan untuk disimpan atau dikumpul.




Foto: AFP




Ia memecahkan rekodnya sendiri sebanyak AS$1.5 juta (kira-kira RM6.62 juta) untuk kasut, pada September 2021.


Tahun lalu, salah satu jersinya dijual pada harga AS$10.1 juta (kira-kira RM44.61 juta), yang paling banyak dibayar pada lelongan untuk mana-mana koleksi perlawanan.


"Keputusan pemecahan rekod hari ini membuktikan bahawa permintaan untuk koleksi sukan Michael Jordan terus mengatasi prestasi jangkaan," kata ketua pakaian jalanan dan koleksi moden Sotheby's, Brahm Wachter dalam kenyataan.


Wachter berkata, nostalgia untuk era berbeza mendorong populariti koleksi Jordan.


"Kami mempunyai pelanggan dalam semua bidang berbeza, daripada hartanah, kewangan kepada ekuiti persendirian. Terdapat ramai berminat dalam pasaran baru muncul ini," katanya kepada AFP.


Harga lelongan itu mengatasi anggaran prajualan iaitu AS$2 juta (kira-kira RM8.83 juta) dan anggaran tertinggi jualan adalah AS$4 juta (kira-kira RM17.66 juta).


Rumah lelongan itu berkata, Jordan menandatangani kasut itu dan memberikannya kepada pemain bola selepas perlawanan.


Sotheby's tidak menyatakan sama ada penerima itu adalah penjual dan tidak mengenal pasti pembeli kasut saiz 13 itu.


Jordan memakai kasut itu untuk separuh masa kedua kemenangan Chicago Bulls 93-88 ke atas Utah Jazz pada 5 Jun 1998.


Jordan menjaringkan 37 mata, tertinggi dalam permainan ketika pasukannya mengikat siri 1-1.


Pusingan Akhir dipaparkan dalam dokumentari ESPN/Netflix 2020, The Last Dance, mengenai musim terakhir Jordan bersama pasukan Chicago. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols yg haremmm apa taktau pasal Basketball zaman Chicago Bulls mendonia, tertengok "The Last Dance" dekat Netflix. Terusssss terkagum yach dkt Michael Jordan ni. Dia tdk disukai ramai, sbb dia strict gila babeng, but if you watch that series, you'll know why. Recommended! Mmg best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.295248 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list