View: 135|Reply: 0
|
Benfica masih belum mengalah
[Copy link]
|
|
Ketua jurulatih Benfica, Roger Schmidt ketika perlawanan pasukannya menentang Inter Milan di Stadium Luz dekat Lisbon. - AFP
LISBON: Jurulatih Benfica, Roger Schmidt menegaskan skuadnya masih belum tewas walaupun berdepan bahaya tersingkir daripada Liga Juara-Juara apabila tumbang 2-0 di laman sendiri berdepan Inter Milan pada aksi pertama suku akhir itu.
Gol babak kedua Nicolo Barella dan Romelu Lukaku menyaksikan kelab Itali itu mengambil langkah besar ke kelompok empat teratas manakala pendahulu liga Portugal itu perlu melakukan apa sahaja untuk mara.
"Ketinggalan 2-0 di tempat sendiri tidak bagus, tapi kita baharu separuh masa pada pertembungan ini," kata Schmidt kepada wartawan di Estadio da Luz.
"Sudah tentu kami boleh ke Milan untuk menang.
"Kami melalui tempoh yang bagus tetapi ada juga nasib malang dengan penalti dan kami boleh mendapat satu atau dua penalti. Ia bola sepak."
Barella menanduk masuk hasil tandukan kencang bagi memberikan kelebihan buat Inter pada minit ke-51 tetapi kapten Benfica, Joao Mario tidak bernasib baik apabila memberikan penalti kerana bola terkena tangan pada minit ke-82.
"Ia perlawanan yang mencabar. Saya rasa kedua-dua pasukan ada peluang tersendiri. Malangnya kami tidak mengambil peluang," kata pengendali dari Jerman itu.
"Kami kekal dalam perlawanan, pemain memberikan apa sahaja. Kami mencipta tempoh yang bagus, tapi kami melepaskan gol kedua daripada sepakan penalti. Itulah cerita perlawanan hari ini." - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... asih-belum-mengalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|