CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 16

[Tempatan] 'Boleh ke elak, jalan itu berbukit, berselekoh dan gelap' - Hakim Mahkamah Rayuan

[Copy link]
Post time 12-4-2023 06:39 AM | Show all posts |Read mode
'Boleh ke elak, jalan itu berbukit, berselekoh dan gelap' - Hakim Mahkamah Rayuan

MAHKAMAH Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Putrajaya: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail, mempersoalkan sama ada seorang pemandu kereta yang sempurna boleh mengelak daripada melanggar kucing atau kura-kura di jalan gelap berbukit dan berselekoh.

Hadhariah menegaskan perkara itu sebelum panel tiga hakim diketuainya melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting, 28, atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

Beliau berkata, Ke Ting memaklumkan tidak mengetahui ada aktiviti basikal lajak itu.

"Memang bawa (memandu) kereta tengok depan tetapi jalan itu berbukit, laluan kereta mendaki bukit, jalan berselekoh dan gelap sebab lampu jalan ditutupi pokok. Ada 30, 40 basikal depan (kereta Ke Ting) bukan?

"Boleh tunjuk mana undang-undang mengatakan kalau dia (Ke Ting) tidak tahu, tak nampak (basikal lajak) sebab jalan berselekoh, terlindung adalah salah.

"Kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) tak salah kerana jam 3.20 pagi (masa kejadian) waktu orang tidur dan kenderaan tak banyak atas jalan.

"Dia tak nampak sebab jalan terlindung dan kemalangan berlaku dalam sekelip mata, tiada masa untuk berfikir," katanya.

Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah, membuat keputusan sebulat suara, sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.

Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar turut memerintahkan Ke Ting menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun sama, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Ke Ting daripada pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Ke Ting didakwa melakukan kesalahan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin,16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, selain lesen memandu digantung jika sabit kesalahan.

Hadhariah berkata, pendakwaan memaklumkan kereta itu dipandu laju tanpa mengambil kira apa yang berada di hadapan sebelum melanggar remaja terbabit.

Katanya, Ke Ting dikatakan bersalah 100 peratus kerana menyebabkan kematian remaja akibat pemanduan merbahaya.

"Itu kes pendakwaan sebab itu kita nak tengok dan pertimbangkan yang mana yang betul dari segi undang-undang.

"Pendakwaan memihak kepada (penunggang) basikal lajak yang semuanya baik.

"Pemandu kereta 100 peratus salah sebab langgar mati lapan orang sedangkan keterangan dalam nota bicara yang saya baca, hanya dua basikal dilanggar kereta.

"Kereta tidak langgar lapan basikal. Boleh buat pemeriksaan, saya periksa nota keterangan. Saya tidak bergantung kepada hujahan semata-mata," katanya.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... utm_medium=trending

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 08:32 AM | Show all posts
berapa had kelajuan laluan tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 12-4-2023 08:32 AM
berapa had kelajuan laluan tersebut?

Iols speku mmg dia langgar had kelajuan.. tapi hakim wat2 buta.. siap habaq bkn kesalahan bawak laju yachh..

Lagipun, alasan dia, ok jahh nak rempuh kalau jalan berbukit, berselekoh dan gelap.. poremers pun sokong.. tu yg iols nak tau, minah ni anak tokei ka bkn..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:47 AM | Show all posts
tlg lukis ilustrasi mcm mana keaddan tpt yg dimaksudkan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:48 AM | Show all posts
Mahkamah rayuan takkan khilaf. Depa pakar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 08:59 AM | Show all posts
kalau Axia merah boleh elak rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2023 09:23 AM | Show all posts
Membunuh dgn niat - Hukum Gantung, Penjara seumur hidup
Pendakwa raya bukitikan si A yg bunuh B, langgar dgn kereta sbb A cemburu dgn B yg sll jumpa isteri A. Saksi D tukang mesin rumput dan E budak Grabfood.

Membunuh tampa niat-Di bebaskan di lepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 12-4-2023 08:39 AM
Iols speku mmg dia langgar had kelajuan.. tapi hakim wat2 buta.. siap habaq bkn kesalahan bawak la ...

How slow is slow yg tak melanggar had laju dan jika terjadi kemalangan sehingga tidak sampai tahap terbunuh?

Boleh jawab yg ini dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah² la oiii...bebudak tu pun parents tak pedulikn. Parents apa yg bg anak² bwh melajak pagi² buta mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-4-2023 10:27 AM
Udah² la oiii...bebudak tu pun parents tak pedulikn. Parents apa yg bg anak² bwh melajak pagi² bu ...

Sedih sedih jugak.
Mati ank kan.
Tp berasa lega sama.
Kurang beban,selesai masalah.
Kalo x,xkan di biornye merayap 2-3pagi.
For sure itu bukan kali pertama p main beskal lajak.
For sure dh berkali² ditegur dimarah tp xmkn saman.
Dh kna lggar tu kambuss aje la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 12-4-2023 08:39 AM
Iols speku mmg dia langgar had kelajuan.. tapi hakim wat2 buta.. siap habaq bkn kesalahan bawak la ...

budak2 ni yg patut membuta dkt rumah waktu kejadian, ape kejadah masih on the road? mak bapak buat ape x cari anak yg masih menebeng dkt luar? Ka Ting bukan anak tokei mana2, kalau dia anak tokei, awal2 lagi dia lepas. typical melayu, salah bangsa sendiri kau x nak tgk?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
stingeramadhan replied at 12-4-2023 10:18 AM
How slow is slow yg tak melanggar had laju dan jika terjadi kemalangan sehingga tidak sampai tahap ...

Tetap kena ikut allowed speed kat jalanraya.. kalau tgk bideo, dgn skid marks, keta turtle, mayat2 bergelimpangan.. ntah la.. hangpa kira sendiri la.. kat mesia mmg takde org tau kira bab2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 12-4-2023 11:14 AM
budak2 ni yg patut membuta dkt rumah waktu kejadian, ape kejadah masih on the road? mak bapak buat ...

Hang ni bangsa apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 12-4-2023 08:32 AM
berapa had kelajuan laluan tersebut?

Ikut logic klau selekoh & berbukit mesti kena kurangkan kelajuan & jln persekutuan hadlaju 110kmh utk kenderaan ringan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 12-4-2023 08:39 AM
Iols speku mmg dia langgar had kelajuan.. tapi hakim wat2 buta.. siap habaq bkn kesalahan bawak la ...

Lps ni bolehlah ramai2 yg langgar orang guna penghakiman yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 12-4-2023 10:19 PM

agak janggal pulok bila kata 'kelajuan 100 km/j...TAK SALAH...KERANA JAM 3.20 PAGI WAKTU ORANG TIDUR DAN KENDERAAN TAK BANYAK ATAS JALAN'.Kalo lawyer kiasu..udah segala aspek teknikal cenggini pung..akan 'dipertikaikan'....entah la Labu...Hanya dia..yang mengerti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadak ke buat simulasi kejadian tersebut....cam kt CSI tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057714 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list