Sebanyak 4,320 naskhah al-Quran tanpa kelulusan dianggarkan bernilai RM250,000 dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Op Mulia di seluruh negara bermula awal Ramadan lalu sehingga semalam.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata, siasatan awal mendapati naskhah al-Quran itu dipercayai dicetak dan dibawa masuk dari negara jiran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Perlesanan Percetakan al-Quran KDN.
"Daripada jumlah itu, seramai lapan peniaga dan pengedar ditahan dengan rampasan tertinggi direkodkan di sekitar Lembah Klang.
"Di Terengganu, pelbagai naskhah al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan turut dirampas dalam tempoh yang sama membabitkan nilai RM36,870
KDN Rampas 4,320 Naskhah Al-Quran Tanpa Kelulusan
"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 7(1) dan Seksyen 8(1) Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Nik Yusaimi berkata, Op Mulia dilakukan bertujuan membanteras pengedaran dan penjualan al-Quran tanpa perakuan yang menyalahi APTQ 1986.
Menurutnya, modus operandi premis yang diperiksa adalah mengedar dan menjual al-Quran termasuk al-Quran digital sebagai sumber pendapatan utama secara fizikal serta secara atas talian.
"Hasil risikan kita mendapati ada premis yang sudah beroperasi dan menjalankan perniagaan tanpa perakuan sejak tahun lalu termasuk seorang lelaki yang ditahan di daerah Besut.
"Amalan membaca al-Quran tanpa kelulusan dibimbangi boleh mengelirukan masyarakat berkaitan sebutan, bacaan dan maksud yang tidak tepat," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |