CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Mohon Kaji Semula Had Umur Penerima Bantuan

[Copy link]
Post time 11-4-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Ada segelintir individu bergelar penuntut mengeluh kerana tidak layak memohon bantuan seperti yang diumumkan kerajaan di dalam Belanjawan 2023.


Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Sharipah Syazwanie Syd Roselan, 25, berkata, ia seperti tidak adil bagi pelajar yang melebihi umur kategori.


Ini kerana mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun saja yang layak manakala individu berusia 21 hingga 23 tahun tidak layak memohon.






"Saya penerima PTPTN tetapi jumlah itu masih tidak mencukupi kerana kos sara hidup di Shah Alam agak tinggi. Selain itu saya juga perlu membeli barang keperluan dan pelajaran saya.


"Saya juga tidak layak menerima apa-apa bantuan dari kerajaan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahman (STR) disebabkan status saya sebagai pelajar," katanya.


Turut memberi pandangan sama ialah pelajar Fakulti Sains Gunaan, Anis Syafiqah Norhisham, 22, yang meminta kerajaan meneliti semula syarat dan kategori pemohon.


"Saya berharap kerajaan melihat isu ini dengan teliti berkenaan had umur disebabkan terdapat juga mereka yang melebihi lingkungan umur berkenaan," katanya.


Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan e-Dompet akan diperluaskan kepada semua mahasiswa di negara ini.





Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064538 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list