CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 4

Padam Segera Filem Mentega Terbang! - Ustazah Asma Harun

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Filem Mentega Terbang yang didakwa bercanggah dengan ajaran Islam kerana cuba menyuntik ideologi yang memandang mudah soal akidah semestinya mendapat perhatian pendakwah bebas Ustazah Asma Harun.




FB




Menerusi laman sosial, Ustazah Asma menggesa pihak terbabit memadam segera filem berkenaan kerana ia membabitkan soal aqidah umat Islam.


"Terdapat beberapa dialog yang SECARA JELAS MEMPERSENDA DAN MEREMEHKAN AGAMA ISLAM, bahkan membawa mesej PLURALISME AGAMA.


"Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, pluralisme agama ialah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama," tulisnya.









FB




Tegasnya, orang ramai boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangannya. Beliau tetap berpegang kepada kebenaran Islam sebagai seorang yang beragama Islam.


"Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman," tambahnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 11:37 AM | Show all posts
setazah tora datang lagi....dengan episoddddddddddd : Menyibuk Benda Viral Apa Hari Ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg terpaling selebritis..... Suka sgt mencapap bab artis and hiburan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah kentot faraj tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:46 AM | Show all posts

Viu Malaysia Beri Jaminan Tiada Lagi Naskhah Seperti Mentega Terbang

Perkhidmatan penstriman Viu memberi jaminan akan mengelak tayangan filem yang menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat susulan kontroversi yang menghimpit filem Mentega Terbang.


Pengarah Produksi (Fizikal) Viu Malaysia, Imillya Irwani Roslan berkata, meskipun kontroversi itu tidak menjejaskan jumlah langganan, pihaknya akan lebih berhati-hati dengan kandungan filem yang ditayang di platform berkenaan.


“Pihak kami bersyukur, tayangan Nenek Bongkok Tiga tidak terjejas, kadar tontonan secara keseluruhan juga tak ada bezanya, orang lagi nak tengok Viu pada masa itu.






“Namun selepas isu tercetus, kami mengambil sikap untuk lebih menjaga sensitiviti terutama bagi kandungan original yang dihasilkan bagi mengelak perkara tak sewajarnya daripada berulang. Untuk kandungan original, kami kawal dari awal hingga akhir projek.


“Justeru, kami akan lakukan saringan untuk setiap cerita dan sinopsis, sekiranya terdapat perkara yang tak pasti, kandungan tersebut akan dirujuk kepada yang lebih pakar,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Viu Malaysia, kelmarin.


Kata Imillya, pihaknya sedia maklum malah bekerja rapat dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhubung garis panduan penggambaran sesebuah naskhah.


“Memang Viu tak terbabit dengan Lembaga Penapis Filem, tapi bekerja rapat dengan Finas. Justeru, apabila mengupah sesebuah syarikat produksi, kami akan pastikan mereka mengikut ketetapan garis panduan serta memiliki permit penggambaran.


“Kami menjaga baik hubungan dengan Finas yang memantau industri secara keseluruhan,” katanya.


Mentega Terbang yang ditayangkan di platform berkenaan sejak 19 Jan lalu mengundang kemarahan umat Islam ekoran beberapa adegan dipaparkan yang menyentuh sensitiviti.


Filem arahan Mohd Khairi Anwar Jailani itu disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam negara ini yang mengamalkan ajaran mazhab Syafie.


Bagaimanapun, Viu mengambil langkah menghentikan penayangan Mentega Terbang pada 27 Feb lalu.


Untuk rekod, susulan kontroversi menghimpit filem berkenaan, produksi Mentega Terbang disiasat di Bukit Aman pada 15 Mac.


Pengarah dan pelakon produksi terbabit juga menerima ancaman bunuh atas penerbitan filem berkenaan.


Ditanya sama ada pihaknya pernah menerima ancaman seperti dihadapi kru produksi Mentega Terbang, Imillya bersyukur perkara seumpama itu tidak berlaku.


“Filem itu sudah dihentikan tayangan 100 peratus.


“Setakat ini tiada yang mengugut atau ingin sabotaj. Pelanggan kami memahami, Viu tidak kena mengena dengan penghasilan filem berkenaan, cuma bertindak sebagai platform tayangan saja,” katanya.




Sumber: MALAYSIAKINI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062361 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list