View: 148|Reply: 0
|
Leicester lantik Smith ganti Rodgers
[Copy link]
|
|
Dean Smith (kanan) dan John Terry (kiri) pernah bergandingan ketika mengendali Aston Villa. - Foto AGENSI
LONDON: Dean Smith menegaskan yang Leicester mampu mengelak penyingkiran selepas pasukan bergelut di Liga Perdana Inggeris itu melantiknya sebagai pengendali sehingga tamat musim ini.
Bekas bos Aston Villa dan Norwich itu menggantikan Brendan Rodgers, yang dipecat pada 2 April selepas pasukannya berdepan risiko penyingkiran.
Smith akan mengambil alih Leicester untuk lapan perlawanan terakhir musim ini dengan misi mengelak turun ke Liga Kejuaraan buat pertama kali sejak tahun 2014.
The Foxes kini menghuni tangga kedua tercorot liga dan hanya dua mata di belakang garis selamat selepas tewas 1-0 di laman sendiri berdepan Bournemouth yang turut bergelut dengan penyingkiran.
"Saya amat gembira berpeluang menerajui pasukan ini sepanjang minggu-minggu akhir musim ini. Cabaran di hadapan kami jelas, tetapi ia apa yang pernah dihadapi saya dan pasukan kejurulatihan saya, dengan kualiti skuad serta jumlah perlawanan berbaki, ia boleh dicapai.
"Tugas pertama kami ialah membina semula keyakinan dan menerapkan kepercayaan terhadap pasukan, saya tidak sabar untuk mula bekerja dengan pemain-pemain minggu ini," kata Smith.
Leicester tewas kedua-dua perlawanan sejak Rodgers dipecat, dengan jurulatih skuad utama Adam Sadler dan Mike Stowell mengambil alih pasukan sebelum Smith dilantik.
Jurulatih sokongan Smith termasuk bekas kapten Chelsea dan England, John Terry, yang menjadi pembantunya di Villa.
Craig Shakespeare juga kembali ke Stadium King Power sebagai pembantu Smith. Shakespeare sebelum ini berada dalam pasukan kejurulatihan Claudio Ranieri ketika Leicester membuat kejutan dengan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris pada tahun 2016, dan membimbing sementara kelab selepas pengendali dari Itali itu dipecat.
Smith, yang dipecat oleh kelab divisyen dua, Norwich pada Disember, berdepan tugas berat pada perlawanan pertamanya, bertemu juara bertahan, Manchester City pada Sabtu. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... smith-ganti-rodgers |
|
|
|
|
|
|
| |
|