View: 3516|Reply: 27
|
"Dalam Kehidupan Kita Tak Boleh Memiliki Kesemuanya, Sekuat Mana Kita Genggam...,"-Puteri Sarah Luah Perasaan
[Copy link]
|
|
Puteri Sarah Liyana lega selepas kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah.
Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.
Foto: IG
“Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan.
“Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.
“Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka,” tulisnya.
Sarah turut menganggap kekecewaan yang dialaminya sebelum ini hanyalah sementara dan mahu menjalani kehidupannya lebih tenang selepas ini.
“Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita.
“Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah.
“Semoga Allah hadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri kita selalu. Amin,” katanya.
Terdahulu, Sarah telah mendedahkan dirinya bersama Syamsul sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara aman mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui.
Malah, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan 18 April ini untuk pengarah, Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah Liyana, pagi tadi.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ps dapat kebahagiaan dan ketenangan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bertemu dengan ketenangan yang dicari selama ini |
|
|
|
|
|
|
|
bila dh ada penamat..hati betul2 dh redha..fly high sarah..moga temui kebahagiaan bersama ank2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada closure
Yg baik2 sahaja hendaknya untuk semua |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknga dia.. Aku pulak nak camtik mcm diaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga bertemu jodoh yg lebih baik selepas ini
Bagi itu soley2 makan hati |
|
|
|
|
|
|
|
walau kita nampak dia beria2 nak cerai.. mintak dilepaskan..
tapi sure ada jugak rasa terkilan di hati.. mahligai dibina bertahun2 berakhir begini.
dia happy ada pengakhiran.. dia redha.
dah tertulis. Tiada siapa yang berkahwin, terpikir untuk bercerai di hujungnya.. semua mengimpikan mahligai bahagia hingga ke jannah. Tapi siapa kita nak menidakkan kuasaNya..
so redha je la kalian. Moga boleh terus bersahabat untuk besarkan anak2 bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
Terus rasa insof bila saraswati kata gini.
Betul la kan tak semua benda kita boleh miliki.
Contohnya si sol, berduit tapi muda2 lagi dah kena tepek polident dan pakai gigi palsu.
Sedangkan Duli yang maha gemuk tuanku permaisuri berminyak agomg yang keje review melahap makanan tu pun gigi masih utuh meskipun umo sebaya si sol. Tak payah penat2 nak rendam gigi palsu malam2 dalam tempayan pasu bunga made in thailand.
Sama jugak dengan birah, si birah pandai bergelek, tapi malangnya perangai seperti jin sungai klang. Tak reti lipat kain pulak tu. Dengar kata jin memang suka bertenggek dekat tempat bersepah ni macam rumah mak wan latah.
Betul la. Di dalam kehidupan ini tak semua benda kita boleh miliki.
|
|
|
|
|
|
|
|
hati dia dah lepas rasa... hati dia dah menerima.. hati dia dah tersakiti sampai dai tak ada rasa dah
|
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah kakadude... dah lah aku ni online kat opis
terkekek² aku ketawa baca ni dah semau orang ingat aku tak betul
wakakakaka
jin memang suka kain tak lipat
betul lah kakadude
sedih plak aku baca caption PS tu... kuat mana dia genggam si Sol
nampak gelek IK terus melorot si Sol macam belut kejar
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg akan ada terkilan jugak dalam hati. usaha jaga rumahtangga elok2 akhirnya berkecai. tp akhirnya dia redha, siapalah kita, manusia hanya merancang, tuhan menentukan. bila sampai satu tahap redha, ikhlas, let go, move on...
hati tu akan betul2 lapang
dia betul2 dah dewasa
pengalaman perit dlm rumahtangga btl2 mendewasakan dia
percayalah nt pengalaman ni lah akan jadi memori dan kekuatan paling berharga |
|
|
|
|
|
|
|
isteri yang bersama suami dari masa susah adalah isteri yang terbaik. tapi apa kan daya. mata sang suami buta tergoda dgn betina gelek.. |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 11-4-2023 10:19 AM
walau kita nampak dia beria2 nak cerai.. mintak dilepaskan..
tapi sure ada jugak rasa terkilan di ha ...
Dia dh xde rs cinta kt laki dia tu. Sbb tu lah dia tenang bila let go. "Ko ambiklah, aku x pkai dah" |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 11-4-2023 10:21 AM
Terus rasa insof bila saraswati kata gini.
Betul la kan tak semua benda kita boleh miliki.
Kaka dud. Posa takkkk. Awai lg ni. Adhoii dah la aku batuk hr ni. Mana nk gelak lagi, dah mcm kena serang asma jadiknye |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahaha syiallll lahh kakdud sampai umah mak wan latah pun into the scene ye... macam rumah betina tua suzie pinky bau bangkai tu.. hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Suami dan insan tersayang adalah pinjaman duniawi semata mata.... |
|
|
|
|
|
|
|
If a man wants you, nothing can keep him away. If he doesn't want you, nothing can make him stay. |
|
|
|
|
|
|
|
Itula namanya takdir tuhan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|