CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Perlis] Pemilik 'lot lidi' di Perlis akan didakwa langgar syarat tanah

[Copy link]
Post time 10-4-2023 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik 'lot lidi' di Perlis akan didakwa langgar syarat tanah


Oleh Aizat Sharif - April 10, 2023 @ 11:09pm bhnews@bh.com.my







KANGAR: Perlis tidak membenarkan sama sekali pembelian, mahupun pendaftaran terhadap sebarang tanah dalam bentuk 'lot lidi' atau lot kecil di negeri ini.

Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Perlis, Ismasuhaimi Shariff, berkata sama seperti di negeri lain, fenomena tanah 'lot lidi' di negeri ini merujuk kepada sebidang tanah yang didaftarkan sebagai tanah pertanian pada geran tanah.

"Tanah itu kemudian dipecahkan menjadi lot kecil atau dalam istilah lain, 'lot lidi' di mana 'lot lidi' ini kemudian akan dijual kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk membina kediaman di atas kawasan terbabit.

"Masalah berlaku dalam geran asal tanah itu adalah nama orang lain di mana si pembeli tidak mengetahui pun pemiliknya dan hanya dijanjikan broker tanah atau dalam hal ini dipanggil 'broker angin' (tidak berlesen) proses tukar nama akan dilaksanakan sebaik sahaja semua 'lot lidi' itu berhasil dijual.

"Bayangkan dalam sebidang tanah besar itu kemudian dipecahkan menjadi tiga atau empat lot kecil diatasnya sudah tentu ruang yang ada sangat kecil dan merumitkan keadaan adalah apabila pembeli 'lot lidi' ini yang sudah berhabis wang mendirikan rumah kediaman di tanah berkenaan kemudian mendapati proses pindah milik nama tidak boleh dilakukan menyebabkan struktur yang dibina atas 'lot lidi' itu adalah struktur haram," katanya di sini, hari ini.

Ismasuhaimi berkata, kewujudan 'lot lidi' ini juga jelas melanggar Peraturan Tanah Negeri Perlis (Perlis Land Rules) 1987 dan Kanun Tanah Negara 1965 kerana tiada peruntukan yang membolehkan tanah pertanian ini dipecahkan kepada lot kecil atau 'lot lidi'.

"Di Perlis, kita tidak membenarkan sama sekali urusan jual beli tanah seperti ini dan setakat ini, memang tiada permohonan untuk tukar nama milikan tanah 'lot lidi' dilaporkan berlaku di pejabat kita.

"Bagi tanah bawah 0.404686 hektar (satu ekar), kita hanya benarkan pembinaan rumah dalam kalangan adik beradik pemilik asal tanah berkenaan sahaja dan bukannya untuk tujuan komersil atau dijual kepada orang yang tidak berkenaan atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik asal tanah.

"Itu pun hanyalah sekitar 1/5 bahagian daripada keluasan tanah asal itu sahaja yang boleh dibuat rumah dan status tanah itu juga perlu dikekalkan dengan syarat pertanian," katanya.

Ismasuhaimi berkata, pihaknya menyedari bahawa berlaku kewujudan 'lot lidi' seumpama ini di negeri itu.

"Ada kes 'lot lidi' ini dijual secara tidak sah dan apabila kita melakukan penguatkuasaan, kesalahan seumpama ini akan didakwa kerana melanggar syarat tanah.

"Malah, dalam hal ini, ada yang sanggup mengeluarkan belanja dianggarkan antara RM50,000 hingga RM100,000 untuk 'lot lidi' yang berkeluasan sebanyak 3,000 kaki persegi demi mendirikan rumah seperti banglo di lot yang kecil itu," katanya.

Sebelum ini, pembelian tanah 'lot lidi' atau lot kecil dilihat sebagai kaedah mudah dan popular dalam usaha memiliki tapak untuk kediaman pada waktu ini meskipun ia sebenarnya melanggar tiga undang-undang berkaitan, selain menimbulkan pelbagai risiko berhubung hak milik.

Pelanggaran undang-undang berkaitan menyebabkan urusan jual beli lot lidi tidak sah, termasuk struktur seperti kediaman yang dibina di atasnya berdepan risiko sukar dijual dan nama pembeli tidak boleh didaftarkan sebagai tuan punya tanah.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.511452 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list